1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
BRUSSELS, 20 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Suruhanjaya Eropah (EC) Urusula von der Leyen mengumumkan untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA), sekali gus melakar detik bersejarah bagi hubungan kedua-dua pihak.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Malaysia berpotensi untuk menjana pelaburan bernilai RM11 billion manakala eksport sebanyak RM500 juta ke United Kingdom (UK) hasil daripada lawatan kerja lima hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke UK yang berakhir semalam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing, kata Hong Leong Bank Bhd (HLB).
1tahun ago
LONDON, 18 Jan (Bernama) -- Lawatan kerja lima hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom (UK) yang berakhir hari ini, berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada 4.6 peratus tahun ini, dipacu oleh peningkatan perbelanjaan dan pelaburan domestik di samping pengembangan berterusan dalam perdagangan luar, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang dalam proses menambah baik ekosistem Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersilan dan Inovasi (RDCI) dalam negara, dengan mengambil kira beberapa jurang yang masih wujud berhubung perkara itu.
1tahun ago
JOHOR BAHRU, 15 Jan (Bernama) -- Forum Kewangan Masa Depan 2025 merupakan inisiatif oleh AmanahRaya Investment Management (ARIM) yang direka untuk melengkapkan pelajar universiti dengan kemahiran celik kewangan yang penting.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bimbang terhadap keupayaan syarikat tersenarai dalam "Kumpulan 2" dan "Kumpulan 3" untuk mematuhi Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Subsidiari Uzma Bhd, Setegap Ventures Petroleum Sdn Bhd (SVP), telah menerima sambungan kontrak bernilai RM100 juta bagi penyediaan tiub bergelung dan perkhidmatan daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Selasa, didorong oleh peningkatan dalam perkhidmatan kewangan wajaran tinggi terpilih dan saham telekomunikasi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Dagangan saham Yinson Holdings Bhd digantung mulai jam 9 pagi pada Selasa (14 Jan, 2025) sementara menunggu pengumuman daripada firma infrastruktur tenaga itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).