6bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia kekal berdaya saing berbanding kalangan negara anggota ASEAN meskipun berpotensi dikenakan tarif tambahan 10 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas negara-negara yang dilihat sejajar dengan BRICS, kata MIDF Amanah Investment Bank.
6bulan ago
SHAH ALAM, 9 Julai (Bernama) -- Syarikat logistik DHL yakin untuk memperkukuh pertumbuhannya di Malaysia meskipun Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tarif timbal balik sebanyak 25 peratus ke atas negara ini.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Tarif sebanyak 25 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia adalah keputusan Presiden Donald Trump dan bukan hasil daripada proses rundingan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
6bulan ago
PETALING JAYA, 8 Julai (Bernama) -- Tindakan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif lebih tinggi sebanyak 25 peratus ke atas Malaysia akan menyebabkan pengimport minyak sawit Washington menanggung kos tambahan itu.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berjaya menghantar kargo gas asli cecair (LNG) pertama daripada fasiliti baharu yang baru beroperasi, LNG Canada, terletak di Kitimat, British Columbia (B.C.), Kanada.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa menjejaki prestasi lemah di Wall Street dalam tempoh semalaman, berikutan pengenaan tarif sebanyak 25 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas 14 negara termasuk Malaysia, bermula 1 Ogos, 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Malaysia mempelawa pengeluar pesawat seperti Airbus dan Embraer untuk menjadikan negara ini sebagai hab bagi aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta rantaian bekalan sekiranya perjanjian pembelian pesawat oleh AirAsia dan Malaysia Airlines direalisasikan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif lebih tinggi sebanyak 25 peratus ke atas sebarang dan semua produk Malaysia yang dieksport ke negara itu, berkuat kuasa 1 Ogos tahun ini, berasingan daripada semua tarif sektor.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Penglibatan Malaysia dengan mana-mana platform multilateral tertumpu kepada pemudahan perdagangan dan pembangunan mampan, berlandaskan kepentingan negara dan bukannya penjajaran ideologi, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
6bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, namun diniagakan kukuh berbanding mata wang utama, berikutan peniaga dan pelabur sedang memantau perkembangan tarif baharu AS, kata seorang penganalisis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk bagi syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines telah melaksanakan hak pembeliannya membeli tambahan 20 pesawat A330neo melalui pesanan terus dengan Airbus.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd, WCT Bhd memperoleh kontrak bernilai RM365.22 juta daripada Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) bagi membina lorong tambahan untuk projek pengembangan Lebuhraya Utara-Selatan di Johor.