5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Jumaat apabila peniaga menggunakan pendekatan tunggu dan lihat dalam persekitaran sentimen berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 lewat hari ini.
5bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Peningkatan pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada separuh pertama 2025 dijangka menghasilkan pembayaran dividen lebih tinggi tahun ini, manakala kenaikan berterusan dalam pasaran ekuiti global akan melonjakkan lagi prestasi suku ketiga, kata ahli ekonomi.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah negatif pada tengah hari, seiring dengan prestasi lemah pasaran serantau yang dipengaruhi oleh tekanan jualan saham wajaran tinggi terpilih.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih MR DIY Group (M) Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 meningkat kepada RM158.58 juta daripada RM155.21 juta pada suku yang sama tahun lalu.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan selama tujuh sesi berturut-turut dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh empat bulan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- RHB Investment Bank (RHB IB) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 Malaysia pada 4.2 peratus, dengan potensi meningkat kepada 4.4 peratus.
5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkatnya untuk ditutup tinggi hari ini mendapat rangsangan daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk melanjutkan gencatan tarif selama 90 hari dengan China sehingga 10 Nov.
5bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada hari Selasa, didorong oleh harga minyak mentah penanda aras yang stabil, sentimen pasaran juga dirangsang oleh keyakinan baharu terhadap penangguhan tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata seorang peniaga.
5bulan ago
MATSUURA (JAPAN), 12 Ogos (Bernama) -- Bandar Matsuura yang terletak di bahagian utara wilayah Nagasaki dijangka mengeksport ikan kembung Jepun atau lebih dikenali sebagai ikan aji ke Malaysia tidak lama lagi.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi semasa tengah hari pada Selasa, disokong oleh laporan mengenai lanjutan tempoh gencatan tarif selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China sehingga 10 November, sekali gus menambah baik sentimen pasaran.
5bulan ago
SINGAPURA, 12 Ogos (Bernama) -- Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura meningkat sebanyak 7.1 peratus pada suku kedua 2025 tahun ke tahun, meneruskan pertumbuhan 3.3 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya, menurut Enterprise Singapore (EnterpriseSG).
5bulan ago
SINGAPURA, 12 Ogos (Bernama) -- Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2025 kepada antara 1.5 hingga 2.5 peratus untuk mencerminkan prestasi ekonomi negara yang lebih baik berbanding jangkaan pada separuh pertama 2025.