5bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan aktiviti pengambilan untung menjelang pengeluaran data ekonomi AS yang akan diumumkan hari ini serta menjelang akhir minggu bekerja.
5bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan selama tiga hari untuk ditutup pada paras terendah harian hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas mencatatkan kenaikan kukuh baru-baru ini sejajar dengan prestasi kurang menggalakkan di pasaran serantau.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini disebabkan oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi pada sektor kewangan, pengangkutan dan utiliti.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa selepas mengambil petunjuk daripada penurunan Wall Street.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Selasa disebabkan aktiviti pengambilan untung susulan Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.73 peratus kepada 98.430.
5bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari dagangan ketiga berturut-turut hari ini melepasi paras psikologi 1,600, didorong oleh sentimen serantau yang positif susulan kenaikan di Wall Street pada Jumaat minggu lepas.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal meningkat pada tengah hari ini, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah yang diterajui oleh kaunter perbankan, utiliti dan penjagaan kesihatan.
5bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, meneruskan kenaikan minggu lepas berikutan pelabur mengambil petunjuk daripada pasaran Wall Street yang ditutup positif pada Jumaat lepas.
5bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu hadapan, disokong oleh prospek positif pasaran tunai, kata penganalisis.
5bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal berada pada aliran meningkat minggu depan, menguji paras psikologi 1,600 dengan kemungkinan terdapat aktiviti pengambilan untung menjelang cuti hujung minggu yang panjang, kata ahli ekonomi.
5bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum menaiknya untuk mengakhiri minggu dagangan lebih tinggi, selepas melepasi paras utama 1,600 pada sesi awal, kata seorang peniaga.
5bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan dalam sentimen berhati-hati di pasaran serantau, kata penganalisis.