Terdapat 2675 berita berdasarkan kata kunci carian " harga"

Malaysia, Indonesia, India Bakal Terajui Pertumbuhan Pusat Data Asia -- BMI

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pengembangan pusat data Asia akan meningkatkan permintaan terhadap kuasa dengan ketara sehingga 2028, dengan Malaysia, Indonesia dan India dikenal pasti sebagai pasaran pertumbuhan utama di rantau ini, kata BMI, iaitu unit Fitch Solutions.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah, sejajar dengan prestasi bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Indeks Harga Seunit Besi Meningkat 0.6-2.5 Peratus Pada Oktober 2025

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Indeks harga seunit besi meningkat antara 0.6 peratus sehingga 2.5 peratus bulan lepas berbanding September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pengeluaran Getah Asli Susut 14.8 Peratus Pada September 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pengeluaran getah asli susut sebanyak 14.8 peratus kepada 26,647 tan pada September 2025 daripada 31,285 tan pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketidaktentuan Global Tidak Jejas Peningkatan Eksport Ke Negara Anggota CPTPP, RCEP

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) — Eksport ke negara-negara anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) meningkat bagi tempoh Januari sehingga September 2025 dalam suasana perdagangan global yang tidak menentu.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Tinggi Seiring Kenaikan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya ditutup tinggi hari ini berikutan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi, menjejaki kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat  (COMEX AS).

Pasaran Getah Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan Serantau Dan Harga Minyak

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, diseret turun oleh pengukuhan dalam harga minyak mentah dan ringgit berbanding dolar US, di tengah-tengah isyarat yang lebih lemah dari pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Harga MSM Diunjurkan RM4,350 Satu Tan Tahun Ini, RM4,300 Pada 2026 - Apex Securities

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Apex Securities Bhd mengekalkan unjuran harga purata minyak sawit mentah (MSM) bagi setahun penuh 2025 pada RM4,350 satu tan manakala RM4,300 pada tahun depan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit tinggi pada Isnin, mengembalikan semula kenaikan pada awal disebabkan peningkatan dalam paras stok dan pengeluaran, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat ( US COMEX).

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Jejaki Lonjakan Niaga Hadapan Serantau Dan Harga Minyak

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau serta harga minyak mentah susulan tekanan ke atas industri automotif global berkurangan kerana penyambungan semula eksport cip Nexperia oleh China, kata seorang peniaga.