BERITA TERKINI   12 MAUT, DUA PARAH DALAM KEMALANGAN BAS-TRAILER DI GHANA | Malaysia, Pakistan komited perkukuh hubungan dua hala, keamanan serta kemakmuran sejagat - PM Anwar | Malaysia, Pakistan bincang langkah tegas hentikan kekejaman Israel terhadap orang awam di Gaza, Lubnan- PM Anwar | Malaysia hargai peranan pengantaraan Pakistan dalam rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat - PM Anwar | PM Anwar ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada PM Pakistan Shehbaz Sharif, harap persaudaraan terus kukuh | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah, Menjejaki Penurunan Serantau Dan Harga Minyak

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, diseret turun oleh pengukuhan dalam harga minyak mentah dan ringgit berbanding dolar US, di tengah-tengah isyarat yang lebih lemah dari pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Sentimen pasaran semakin terus terjejas dengan peningkatan ketidakpastian terhadap dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS), kadar faedah termasuk angka jualan kenderaan China yang lembap.

"Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan dengan keyakinan bahawa penutupan kerajaan Amerika Syarikat yang berpanjangan akan berakhir selain adanya tanda-tanda mereda dalam krisis perdagangan AS-China," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, kewujudan risiko lambakan bekalan minyak telah menjejaskan pasaran sehingga menyebabkan harga minyak menurun hari ini, manakala beberapa daya tahan dalam dolar US juga memberikan tekanan ke atas harga. 

Harga minyak mentah Brent jatuh sebanyak 0.05 peratus kepada US$64.18 setong. 

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga SMR20 merosot 1.5 sen kepada 722 sen sekilogram, manakala lateks pukal berkurangan setengah sen kepada 570 sen sekilogram.

-- BERNAMA