Terdapat 510 berita berdasarkan kata kunci carian " minyak mentah"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Wall Street

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada penutupan dagangan di Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas, selepas permintaan baharu untuk saham teknologi mendorong pasaran Amerika Syarikat (AS).

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan terus ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan data aktiviti perkilangan global yang tidak memberangsangkan menandakan prospek ekonomi yang tidak menentu, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Meskipun Pasaran Semalaman AS Alami Penurunan

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat, walaupun pasaran Amerika Syarikat (AS) mengalami penurunan dalam tempoh semalaman.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan aliran menurun pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan kesan daripada dasar ekonomi Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Maybank IB Unjur Harga Minyak Mentah US$70 Setong Pada 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan harga minyak mentah Brent tidak menentu dan lebih lemah tahun ini iaitu pada purata US$70 setong berbanding US$80 setong tahun lepas.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Hari Dagangan Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari pertama dagangan 2025, menjejaki penurunan semalaman dalam pasaran Amerika Syarikat (AS).

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup tinggi hari ini seiring dengan aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau susulan jangkaan data ekonomi China yang bertambah baik disokong oleh pakej rangsangan tambahan, kata seorang peniaga. 

Ringgit Dijangka Lemah Semasa Dagangan Lengang Minggu Depan

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Ringgit dijangka menunjukkan penurunan minggu depan ketika tempoh terakhir dagangan tahun ini dan permulaan dagangan 2025, dengan pergerakan mungkin berada dalam julat antara 4.47 hingga 4.50.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Dengan Kecenderungan Penurunan Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan penurunan minggu depan berikutan permintaan dilihat lembap pada musim cuti, kata pakar industri Denis Low.

Ringgit Catat Perubahan Kecil Berbanding Dolar AS Pada Akhir Urus Niaga

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Ringgit terus memaparkan momentum dengan mencatat perubahan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh dengan ketara pada akhir urus niaga Jumaat.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS (Amerika Syarikat) hari ini, disokong oleh peningkatan harga minyak yang menguntungkan Malaysia sebagai pengeksport.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Pasaran Minyak Serantau

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh seminggu susulan pengukuhan di pasaran getah serantau yang disokong oleh kenaikan harga minyak mentah.