15hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia bagi tempoh Januari hingga September 2024 meningkat 10.2 peratus kepada RM2.139 trilion, melebihi aras RM2 trilion dalam tempoh sembilan bulan berbanding 10 bulan pada 2023, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- BMI, unit Fitch Solutions, mengunjurkan perbelanjaan isi rumah Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus tahun ke tahun pada 2025 kepada RM952.6 bilion.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pavilion Malaysia di acara Tokyo Game Show (TGS) 2024 pada September lepas, berjaya menjana potensi jualan bernilai US$67.11 juta (US$1=RM4.29) daripada 150 mesyuarat niaga membabitkan syarikat-syarikat permainan Malaysia dan Jepun.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit dalam dagangan berhati-hati menjelang pembentangan Belanjawan 2025 hari ini, kata penganalisis.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran RM2.5 bilion pelaburan daripada peneraju pelaburan hijau pada Pameran dan Persidangan Antarabangsa Produk Eko & Teknologi Hijau Malaysia (IGEM) 2024.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah dalam dagangan awal hari ini.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan peniaga menjangka mata wang tempatan akan diniagakan mendatar selain memberi tumpuan kepada sasaran defisit fiskal tahun depan walaupun bank-bank global terus melaksanakan pelonggaran dasar monetari.
15hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman and Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kesinambungan projek infrastruktur utama di bawah kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menjana kesan limpahan yang besar merentasi ekonomi selain memupuk penciptaan pekerjaan, pelaburan, dan meningkatkan kesalinghubungan, menurut pakar.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Lebih 10 syarikat telah melawat dan mengadakan perbincangan berkenaan potensi pelaburan di Silver Valley Technology Park (SVTP) bagi 2023 sehingga suku ketiga 2024, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Salcon Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Salcon Engineering Bhd memperoleh kontrak bernilai RM18.50 juta daripada LTE Engineers Sdn Bhd, bagi pihak F&N AgriValley Sdn Bhd.
15hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis susulan kelemahan dalam niaga hadapan minyak kacang soya Chicago Board of Trade (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pelaburan berjumlah RM85.7 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) diperlukan bagi memastikan sasaran Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dapat dicapai.