BERITA TERKINI   Pegawai kanan ATM Mejar Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis mengaku tidak bersalah lakukan pecah amanah wang TKAT berjumlah RM5 juta | 

Terdapat 1098 berita berdasarkan kata kunci carian " perubahan"

Ketidaktentuan Tarif Pengaruhi Bursa Malaysia Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Risiko tarif Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi ke atas Malaysia apabila tarikh akhir 1 Ogos semakin hampir mungkin akan mempengaruhi Bursa Malaysia minggu depan walaupun kaunter berorientasikan domestik dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan dalaman yang kukuh dan kesan positif fiskal.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Intra Hari

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari bagi sesi kedua berturut-turut pada Khamis, dipacu oleh keyakinan global dan pusingan terbaharu bantuan fiskal kerajaan yang menyebabkan pelabur kembali ke pasaran tempatan.

Kerajaan Raih Pelaburan Lebih RM63 Bilion Melalui NSS Setakat Mac 2025 - PM Anwar

PETALING JAYA, 24 Julai (Bernama) -- Kerajaan memperoleh pelaburan lebih RM63 bilion melalui Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) sehingga Mac tahun ini, dengan sebanyak RM5 bilion daripada sumber domestik dan RM58 bilion daripada sumber asing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Model Sawit, Getah Mampu Pacu Wawasan Makanan Global Malaysia - MIER

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar makanan global dengan mencontohi kejayaannya dalam industri sawit dan getah, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

MOF Tambah Baik Perolehan Pre-Q Terpilih Jika Diperkenal Semula -- Lim

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) akan meneliti penambahbaikan secara menyeluruh jika Kaedah Perolehan Tender Terbuka Pra-Kelayakan Terpilih (Perolehan Pre-Q Terpilih) diperkenalkan semula.

Pengumpulan Terpilih Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Rabu, disokong oleh pelabur yang mencari nilai menerusi pengumpulan terpilih.

Ringgit Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Ringgit meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, didorong oleh sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang tarikh akhir tarif pada 1 Ogos.

Tarif: IPA Bekerjasama Dengan Kerajaan Negeri Pastikan Industri Tempatan Tidak Terjejas - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Agensi Promosi Pelaburan (IPA) di seluruh negara akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk memastikan industri tempatan tidak terjejas oleh isu tarif Amerika Syarikat (AS).

Tarif, Ketidaktentuan Dalaman Dan Luaran Bayangi Separuh Pertama 2025 Sektor Perkapalan

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) – Pemain industri perkapalan Malaysia mengemudi separuh pertama 2025 secara berhati-hati dalam mendepani cabaran pasaran serta beroperasi dalam persekitaran kompleks yang memerlukan strategi lebih cermat dan berhemat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini, menjejaki penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) disebabkan ketidaktentuan pasaran harga menjelang keputusan mengenai tarif oleh AS pada 1 Ogos depan.

Sabah Dijangka Keluarkan Hasil Marin RM3.25 Bilion Setahun Menerusi Ekonomi Biru

KOTA KINABALU, 20 Julai (Bernama) -- Sebanyak 491,000 tan hasil marin bernilai RM3.25 bilion setahun, seperti ikan dan udang, dapat dikeluarkan oleh negeri ini menerusi Ekonomi Biru Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Penurunan OPR Rangsang Permintaan Sederhana Dalam Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka merangsang permintaan sederhana terhadap hartanah secara umum pada separuh kedua 2025, manakala permintaan dalam segmen mewah dijangka kekal kukuh, kata penganalisis.