1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi, melepas paras sokongan psikologi 1,600 mata, didorong oleh aktiviti belian saham semasa harga rendah dalam saham mewah dan saham bermodal sederhana.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia susut di bawah paras sokongan psikologi utama 1,600 apabila pelabur tidak melaksanakan langkah yang signifikan dalam keadaan isyarat lemah daripada Wall Street berikutan pendapatan yang tidak memberangsangkan daripada firma teknologi utama.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, berikutan pelabur memburu peluang saham bermodal besar dengan penilaian menarik susulan jualan besar-besaran ekuiti global baru-baru ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Selasa, mengambil petunjuk daripada optimisme dalam pasaran Amerika Syarikat (AS) semalaman.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan apabila dibuka rendah pada Selasa, berikutan kekurangan minat belian daripada dana asing, menurut peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pelabur institusi tempatan menjadi pembeli bersih ekuiti berjumlah RM244.6 juta di Bursa Malaysia minggu lepas selepas jualan bersih dalam masa yang singkat pada minggu sebelumnya.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah setakat dagangan tengah hari Jumaat berikutan sentimen negatif di peringkat tempatan yang turut memaparkan prestasi bercampur-campur di peringkat pasaran serantau, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Ringgit terus mencatat momentum positif untuk diniagakan tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini, disokong oleh permintaan belian yang berterusan berikutan lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang dari negara-negara pesat membangun, termasuk ringgit, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit hari ini dalam dagangan tidak menentu berikutan sentimen bercampur-campur di Wall Street selepas pendapatan korporat menunjukkan prestasi yang berbeza-beza, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives pulih daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi pada Rabu, dipacu minat belian baharu susulan ketegangan di Timur Tengah dan ketidaktentuan politik di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia terus meningkat pada tengah hari Rabu, disokong oleh minat belian sederhana terhadap saham-saham wajaran tinggi dan seiring prestasi pasaran serantau, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dalam wilayah negatif pada Selasa susulan fasa konsolidasi yang berterusan berikutan kekurangan pemangkin bagi memacu minat belian, kata penganalisis.