22hari ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
VIENTIANE, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia komited untuk meneroka peluang perniagaan baharu di Laos yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara selain berhasrat untuk meningkatkan kerjasama dua hala, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini susulan dolar Amerika Syarikat (AS) merosot menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar AS malam ini.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) edisi ke-15 telah menjana lebih RM5 bilion potensi perniagaan, satu pencapaian penting ke arah masa depan lebih hijau bagi Malaysia dan wilayah sekitarnya.
22hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup sedikit tinggi pada Jumaat, apabila data inflasi AS yang lebih tinggi daripada jangkaan pasaran menyebabkan dolar AS mengalami penurunan.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd telah melantik Tan Sri Amirsham Abdul Aziz sebagai pengerusi baharunya.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menerima 3,380 aduan serta pertanyaan mengenai penipuan dan aktiviti tidak berlesen setakat suku ketiga 2024, melonjak 28 peratus berbanding tahun lepas.
22hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat susulan nasihat yang lebih lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan penanda aras harga minyak mentah apabila ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
22hari ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di Wall Street apabila inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan telah melenyapkan harapan penurunan kadar AS yang lebih besar pada bulan depan.
22hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pengurangan kadar faedah di beberapa negara di seluruh dunia mencerminkan peralihan dasar monetari global kepada pendirian yang lebih longgar, didorong oleh keadaan ekonomi domestik yang berbeza, kata penganalisis.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah melancarkan garis panduan pengurusan bateri serta kenderaan elektrik (EVBM) untuk memastikan keselamatan awam, perlindungan alam sekitar dan kemampanan ekosistem EV Malaysia.
22hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, Oct 11 (Bernama) -- Malaysia boleh meningkatkan pelaburan langsung asingnya (FDI) melalui Belanjawan 2025 dengan menawarkan insentif cukai yang berani, mempermudahkan peraturan dan menyokong sektor bersasar, kata penganalisis.