Terdapat 3619 berita berdasarkan kata kunci carian " kekal"

Ekonomi Malaysia Dijangka Berdaya Tahan Walau Banjir, Siklon Senyar - Moody's

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Ekonomi Malaysia sebahagian besarnya dijangka terus terpelihara daripada gangguan serius memandangkan kebanyakan sektor asas pembuatan negara tidak terjejas oleh banjir dan Siklon Senyar baru-baru ini, menurut Moody's Ratings.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Indeks Utama Susut 0.54 Peratus

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan rendah pada tengah hari ini dengan indeks petunjuk utama susut 0.54 peratus, diasak jualan saham wajaran tinggi terpilih merangkumi sektor perkhidmatan, telekomunikasi dan media.

Aspek Pematuhan Syariah BNPL Perlu Diteliti Lebih Mendalam - AKPK

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) – Struktur kontrak dan operasi syarikat yang menawarkan perkhidmatan ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) perlu dikaji dengan teliti bagi mendapatkan maklumat jelas mengenai status kepatuhan syariah transaksi itu, kata Ketua Jabatan Pembangunan Penyelidikan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohammad Mafrukhin Mokhtar.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejak Prestasi Wall Street Dan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari ini, menjejaki prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street susulan pendirian pelabur yang berhati-hati menjelang pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengenai kadar faedah negara maju itu pada minggu depan.

Ringgit Terus Mengukuh, Dibuka Cecah RM4.10 Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran dan Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan meneruskan momentum pengukuhan sekitar RM4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan keadaan fiskal lebih baik yang mendorong sentimen pelabur terhadap mata wang berkenaan.

Produk Asas MHIT 2027 Akan Jadi Produk Kendiri Tanpa Elemen Pelaburan -- MoF

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Produk asas insurans perubatan dan kesihatan (MHIT) yang akan diperkenalkan pada awal 2027 akan menjadi produk kendiri tanpa sebarang kaitan dengan prestasi pelaburan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Penyasaran Subsidi Tidak Tambah Hutang Negara, Jimat Hingga RM4 Bilion Setahun - MoF

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Pelaksanaan penyasaran subsidi bukanlah langkah yang menambah hutang negara, sebaliknya merupakan strategi penting untuk mengurangkan liabiliti jangka panjang, menstabilkan kedudukan fiskal dan mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi Malaysia.

Pasaran MSM Dijangka Catat Prospek Rendah Pada Permulaan 2026 Ekoran Harga Tinggi 2025

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan mengalami prospek rendah ketika permulaan dagangan 2026, berikutan harga yang agak tinggi tahun ini.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Jualan Saham Wajaran Tinggi Terpilih

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal diniagakan rendah pada tengah hari Khamis berikutan aktiviti jualan ketara membabitkan saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti dan perkhidmatan kewangan.

Ringgit Terus Mengukuh, Dibuka Pada 4.11 Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran dan Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh pada paras RM4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh peningkatan persepsi terhadap pelonggaran dasar monetari negara maju itu minggu depan.

BNM Rangka Pelan Kurangkan Pegangan Saham Dalam Paynet -- MOF

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) merangka pelan jangka panjang bagi mengurangkan pegangan sahamnya dalam Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) secara berperingkat. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berbanding keuntungan sebelumnya di tengah-tengah jangkaan peningkatan dalam inventori, kata peniaga minyak sawit David Ng.