4bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan, dengan dagangan secara berhati-hati mungkin berterusan berikutan aliran rendah dan ketidaktentuan pasaran global yang berpanjangan.
4bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, mengubah kenaikan pada awal dagangan berikutan kebimbangan mengenai pengeluaran yang meningkat dan paras stok domestik yang tinggi yang menjejaskan sentimen pasaran.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menyederhana kepada 4.0 peratus pada 2025 berbanding 5.1 peratus pada 2024.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan untuk mengakhiri minggu ini dengan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, didorong keyakinan baharu terhadap perdagangan global, kata penganalisis.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.4 peratus pada suku pertama 2025 (1Q2025), berbanding 5.0 peratus pada suku sebelumnya, menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, didorong oleh prestasi bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) perlu membuat keputusan penting dalam mesyuarat akan datang pada 5 Mei, 2025, membabitkan penetapan paras pengeluaran minyak mentahnya bagi Jun.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal bercampur-campur pada tengah hari ini dalam dagangan berhati-hati walaupun prestasi menggalakkan dalam pasaran serantau berikutan kenaikan semalaman di Wall Street.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi global kekal berdaya tahan walaupun terdapat kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, dengan impak yang terhad terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di luar rantau Asia Pasifik (APAC), menurut S&P Global Ratings.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan pelabur kembali selepas cuti dengan minat yang berkurangan, mengabaikan kenaikan semalaman di Wall Street yang didorong oleh pendapatan kukuh daripada Microsoft dan Meta.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Permintaan penumpang udara global meningkat sebanyak 3.3 peratus pada Mac 2025 daripada 2.7 peratus yang dilaporkan pada Februari, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
4bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini pulih daripada penurunan semalam dengan indeks utama melonjak 1.63 peratus, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah, kemasukan semula dana asing dan kebimbangan ketegangan perdagangan yang kian mereda.