BERITA TERKINI   Agong titah JBPM tingkat tahap kesiapsiagaan berikutan cuaca panas yang berpotensi cetus peningkatan kes kebakaran | Fenomena cuaca panas: Agong titah KPM ambil perhatian serius, pastikan kesihatan murid tidak terjejas | Fenomena cuaca panas: Agong nasihat rakyat ambil langkah berjaga-jaga, kurangkan aktiviti luar | MTT Shipping and Logistics Bhd rancang guna 95.7 peratus daripada hasil IPO bagi pembelian 12 kapal kontena baharu | Tiga beranak ditemukan maut dalam rumah di Kampung Belau, Sungai Petani awal pagi tadi - Polis | 

Terdapat 563 berita berdasarkan kata kunci carian " pembayar"

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, perladangan, telekomunikasi dan media.

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus – Ahli Ekonomi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, dalam persekitaran kadar faedah yang stabil, kata ahli ekonomi.

Kerajaan Tidak Bercadang Semak Semula Kadar Cukai Pendapatan Syarikat Buat Masa Ini - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

IPO Saliran Group Terlebih Langgan 76.03 Kali

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Saliran Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 13 Mac, telah terlebih langgan sebanyak 76.03 kali.

Dividen KWSP Tinggi Kuatkan Keyakinan Terhadap Pasaran Modal Malaysia, Pelaburan – Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Pencapaian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus untuk simpanan konvensional dan syariah bagi 2024 akan membantu meningkatkan keyakinan terhadap pasaran modal dan sektor pelaburan, menurut seorang ahli ekonomi.

Wasco Catat Prestasi Kewangan Terbaik Tahun Kewangan 2024, Umum Dividen 2 Sen

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga, Wasco Bhd mencatatkan prestasi kewangan terbaik dalam sejarahnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dengan kenaikan 41.2 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM153.04 juta.

Pembayaran Dividen KWSP Bakal Pacu Aktiviti Ekonomi, Sokong Pertumbuhan Negara

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membayar dividen 6.30 peratus bagi 2024 dijangka dapat merangsang aktiviti ekonomi selain menyumbang kepada pertumbuhan negara, kata ahli ekonomi.

KWSP Umum Dividen 6.30 Peratus Untuk Simpanan Konvensional Dan Shariah Bagi 2024, Jumlah Keseluruhan Agihan RM73.24 Bilion

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dengan jumlah agihan RM63.05 bilion. dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah dengan jumlah agihan RM10.19 bilion.

AEON Bank Raih Dua Anugerah Islamic Finance News

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bank digital Islamik pertama di Malaysia, AEON Bank dinobatkan sebagai pemenang untuk dua anugerah berprestij di Islamic Finance News (IFN) Awards, baru-baru ini.

MR DIY Catat Keuntungan Bersih RM568.94 Juta, Umum Dividen Interim 1.8 Sen

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih MR DIY Group (M) Bhd melonjak kepada RM568.94 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM560.67 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelum ini.

KNM Group Lupus Kepentingan Bernilai RM1.24 Bilion Dalam DKNM Kepada NGK Jepun

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- KNM Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, KNM Process Systems Sdn Bhd (KNMPS) telah menandatangani perjanjian jual beli serta pemindahan bersyarat dengan NGK Insulators Ltd dari Jepun untuk cadangan pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Deutsche KNM GmbH (DKNM) pada harga 270 juta euro (kira-kira RM1.24 bilion).

Yayasan Peneraju Perkenal Skim Pembiayaan Baharu, Sasar 1,500 Lepasan Sekolah

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Yayasan Peneraju melancarkan skim pembiayaan baharu yang menyaksikan dana akan disalurkan terus ke akaun individu dan bukannya institusi pendidikan serta latihan terbabit.