Terdapat 477 berita berdasarkan kata kunci carian " pinjaman"

Kementerian Kewangan Teliti Pemohonan Bayar Balik ICPT Kepada Sabah Electricity - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan dan Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air sedang meneliti serta menimbang permohonan bayaran pelepasan kos tidak berimbang (ICPT) kepada Sabah Electricity Sdn Bhd berjumlah RM162 juta bagi tempoh Jun hingga Disember 2023 .

UEM Sunrise, Maybank Lancar HomeClick Permudah Pembelian Rumah Dalam Talian

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) menjalin kerjasama dengan Maybank melancarkan HomeClick, platform dalam talian menyeluruh untuk menambah baik serta melancarkan urusan pembelian rumah oleh pembeli.

Kerajaan Komited Kurangkan Defisit Fiskal, Kekalkan Nisbah Hutang Bawah 60 Peratus 

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) --Trend penurunan defisit fiskal menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat dikurangkan tidak melebihi 60 peratus dicapai dalam tempoh jangka sederhana. 

KWSP Catat Pendapatan Pelaburan RM19.67 Bilion Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.

Malaysia Akan Pantau Dasar Ekonomi Baharu AS

GEORGE TOWN, 11 Nov (Bernama) -- Malaysia akan memantau dasar ekonomi baharu yang akan dikeluarkan oleh Kabinet yang bakal terbentuk di Amerika Syarikat (AS) susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden negara itu baru-baru ini.

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$117.6 Bilion Pada 30 Okt, 2024

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$117.6 bilion (US$1 = RM4.40) setakat 30 Okt, 2024, berbanding US$119.6 bilion pada 15 Okt 2024.

Hasil Sektor Perkhidmatan Meningkat RM618.5 Bilion Pada Suku Ketiga, Melonjak 5.9 Peratus - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Hasil sektor perkhidmatan di Malaysia mencatatkan pertumbuhan 5.9 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2024, mencecah RM618.5 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kerajaan Perkenal Dua Dana Baharu Bantu PKS, MTC Dan Tarik FDI Berkualiti Tinggi - MITI

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperkenalkan dua dana baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), iaitu Dana Pemacu Pelaburan Domestik (DIAF) dan Dana Pemacu Pelaburan Asing (FIAF).

Malaysia Cadang Guna Nuklear Sebagai Sumber Tenaga Negara Pada Masa Depan - Rafizi

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. 

Sentimen Pemilihan Presiden, Kadar Faedah AS Dorong Ringgit Ditutup Mengukuh

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit diniagakan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada penutup urus niaga Isnin menjelang jangkaan pengurangan kadar faedah utama negara maju itu di tengah-tengah ketidaktentuan membabitkan pemilihan presiden AS esok, kata ahli ekonomi.

FGV Holdings Salur Pinjaman RM260 Juta Kepada Subsidiari Untuk Perbelanjaan Modal

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- FGV Holdings Bhd (FGVH) telah memeterai perjanjian pinjaman dengan anak syarikat 72 peratus miliknya, FGV Palm Industries Sdn Bhd (FGVPI) untuk menyalurkan pinjaman sebanyak RM260 juta bagi membiayai keperluan perbelanjaan modal FGVPI.

HLB Lancar Rangka Kerja Kewangan Lestari, Kumpul RM20 Bilion Untuk Sokong Projek Hijau

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) melancarkan Rangka Kerja Kewangan Lestari (SFF) pertamanya yang bertujuan mengumpulkan RM20 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menyokong projek hijau.