1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan Pihak Berkuasa Koridor (PBK) memainkan peranan seperti yang ditetapkan dan tidak bertindih dengan tugas agensi lain, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan dan Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air sedang meneliti serta menimbang permohonan bayaran pelepasan kos tidak berimbang (ICPT) kepada Sabah Electricity Sdn Bhd berjumlah RM162 juta bagi tempoh Jun hingga Disember 2023 .
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengunjurkan Westports Holdings Bhd mencatat pertumbuhan jumlah kendalian lebih kukuh bagi tahun depan, didorong oleh pemulihan volum pemunggahan kargo perkapalan yang berterusan.
1tahun ago
KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$117.6 bilion (US$1 = RM4.40) setakat 30 Okt, 2024, berbanding US$119.6 bilion pada 15 Okt 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Peningkatan aliran masuk pelaburan, kutipan cukai yang lebih baik berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan defisit fiskal lebih kecil merupakan pemangkin positif yang dijangka memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 5.0- 5.5 peratus pada 2024 dan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Syarikat pengangkutan terkemuka Eropah, Bolt telah melancarkan perkhidmatan e-panggilannya di Lembah Klang, bertujuan untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat dalam mobiliti bersama, yang akan memberi perkhidmatan kepada 11.47 juta pengguna menjelang 2029.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kewangan Islam berpotensi besar dalam usaha melonjakkan ekonomi menerusi tiga prinsip asas - Maqasid Syariah, inovasi dan integrasi global, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan melaksanakan semua teguran dan syor Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 antaranya mewujudkan pangkalan data bagi mengukur pencapaian sosioekonomi kumpulan sasar, kata Kementerian Ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, menyemak naik unjuran pertumbuhan perbelanjaan kesihatan Malaysia kepada 8.7 peratus setahun bagi tempoh 2023 hingga 2028, berbanding unjuran awal pada 8.3 peratus.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyasarkan lebih 90 peratus pekebun kecil bebas akan mendapat pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) menjelang akhir tahun depan.