1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan peniaga menjangka mata wang tempatan akan diniagakan mendatar selain memberi tumpuan kepada sasaran defisit fiskal tahun depan walaupun bank-bank global terus melaksanakan pelonggaran dasar monetari.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) – Belanjawan 2025 akan mengimbangi antara mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan memastikan kesejahteraan segmen masyarakat yang paling mudah terjejas, terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal dan orang kurang upaya, yang diberi perhatian dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Trend pertumbuhan hutang kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurang kepada sekitar 7.5 peratus mengakhiri 2024 berbanding 8.6 peratus pada 2023 dan 10.2 peratus pada 2022, kata Kementerian Kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit menunjukkan prestasi lebih kukuh berbanding mata wang serantau, didorong keyakinan pelabur terhadap agenda pembaharuan kerajaan selain perkembangan global, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan hanya membuat pinjaman untuk membiayai defisit fiskal dan hutang yang matang bagi sentiasa memastikan ia tidak meminjam secara berlebihan.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup rendah pada Selasa berikutan penurunan ketara harga minyak mentah dan jangkaan berterusan terhadap pengurangan lebih kecil bagi kadar faedah AS.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi untuk hari kedua berturut-turut hari ini, menjejaki momentum menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin, terjejas berikutan permintaan kukuh terhadap dolar AS dalam persekitaran peningkatan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin berikutan minat belian dalam perbankan, telekomunikasi dan saham berkaitan komoditi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaannya walaupun terdapat keperluan untuk meningkatkan hasil, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini memandangkan asas cukai menunjukkan pertumbuhan yang terhad sejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan pada 2018.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan mencatatkan prestasi kewangan lebih baik pada tahun 2023 berbanding 2022 dengan peningkatan lebihan hasil sejumlah RM2.028 bilion dan penurunan defisit sejumlah RM8.595 bilion.