8bulan ago
GENEVA, 12 Mei (Bernama-Anadolu) – Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju melaksanakan pengurangan besar-besaran tarif timbal balik selama 90 hari sebagai langkah awal, sekali gus memberi kelegaan dalam konflik perdagangan berpanjangan antara kedua-dua kuasa ekonomi dan meningkatkan harapan terhadap kestabilan ekonomi jangka panjang, menurut satu kenyataan bersama dikeluarkan AS pada Isnin.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Malaysia berpeluang mendapat akses lebih luas dalam cip semikonduktor termaju berikutan langkah Washington menarik balik sekatan ke atas eksport cip, yang boleh mendorong negara berkembang daripada kekuatan sedia ada dalam pembungkusan dan pengujian peringkat pertengahan, kepada reka bentuk cip huluan bernilai tinggi.
8bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal suram minggu hadapan berikutan permintaan yang cenderung lemah.
8bulan ago
JOHOR BAHRU, 9 Mei (Bernama) – The Oryx Stainless Group (Oryx), salah satu pembekal bahan keluli tahan karat kitar semula terkemuka dari Belanda telah membuka kemudahan terbarunya di Johor.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) menganggap Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) blok itu dengan Malaysia yang sedang diusahakan, sebagai tonggak dalam perluasan strateginya untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dan geopolitik di negara-negara ASEAN.
8bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pelan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk membatalkan peraturan eksport cip kecerdasan buatan (AI) era Biden, membuka peluang kepada Malaysia untuk mengembangkan industri cip AI dan memacu sektor pusat datanya.
8bulan ago
CAMBRIDGE, 9 Mei (Bernama) -- Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan tarif ke atas kereta dan keluli British sekali lagi menjadi topik utama di seluruh United Kingdom (UK) pada Khamis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Industri penerbangan Malaysia berkemungkinan meraih perolehan hasil lebih rendah jika terus berdepan peningkatan kos perjalanan udara, kelewatan rantaian bekalan serta aktiviti pelancongan yang susut akibat gangguan penerbangan yang berlanjutan.
8bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
BEIJING, 8 Mei (Bernama) -- Kelancaran perjalanan udara global bertukar menjadi kelam-kabut pada pagi Rabu susulan tindakan drastik syarikat penerbangan dunia membatalkan perkhidmatan selain melencongkan laluan yang merentasi Asia, Timur Tengah dan Eropah selepas penutupan ruang udara Pakistan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia menyambut baik langkah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengkaji semula peraturan eksport cip kecerdasan buatan (AI) memandangkan kejelasan dan konsistensi dalam dasar teknologi penting bagi inovasi global, daya tahan rantaian bekalan dan pertumbuhan yang menyeluruh.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Walaupun kadar dasar semalaman (OPR) dijangka oleh banyak pihak untuk kekal pada 3.0 peratus, beberapa pakar ekonomi melihat penurunan sebanyak 25 mata asas (bps) mungkin akan dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai sokongan awal terhadap potensi risiko penurunan tarif Amerika Syarikat (AS).