Terdapat 617 berita berdasarkan kata kunci carian " utiliti"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketika Sentimen Serantau Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi berkaitan Petronas, syarikat telekomunikasi dan perbankan terpilih, menggambarkan sentimen berhati-hati yang terus memberi kesan terhadap pasaran serantau.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut daripada kenaikan sederhana semalam untuk ditutup rendah sedikit hari ini dengan lebih separuh daripada komponen indeks utama mencatatkan penurunan.

PM Singapura Bentang Belanjawan Negara, Tumpu Pertumbuhan Fasa Seterusnya

SINGAPURA, 18 Feb (Bernama) --Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong hari ini membentangkan Penyata Belanjawan 2025 republik itu yang bertujuan untuk memajukan agenda Forward Singapore.  

Belian Lewat Dorong Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Selasa, didorong oleh belian lewat dalam saham wajaran tinggi dan sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Oleh Dana Asing

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

RichTech Digital Capai Premium 200 Peratus Menerusi IPO, Raih RM13.67 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- RichTech Digital Bhd (RichTech) berjaya mencapai premium 200 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 25 sen sesaham, meningkat kepada 75 sen dan memperoleh RM13.67 juta pada hari dagangan pertamanya di Pasaran ACE pada Isnin.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia terjejas oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi pada tengah hari ini, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Kerajaan Komited Tingkat Campuran Kapasiti TBB Dalam Pembekalan Elektrik Negara

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kerajaan komited untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara secara berperingkat dan terancang bagi memastikan keperluannya dalam pembangunan pusat data dapat dipenuhi.

Belian Bersih RM77.9 Juta, Institusi Tempatan Pemacu Bursa Bagi Minggu Ke-17 - MIDF

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Institusi tempatan terus menjadi pemacu Bursa Malaysia bagi minggu ke-17 berturut-turut pada minggu lepas dengan mencatat belian bersih ekuiti domestik berjumlah RM77.9 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Sarawak Energy Tauliah Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri Skala Utiliti Pertama Malaysia

KUCHING, 14 Feb (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd (SEB) telah mentauliahkan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri Skala Utiliti Pertama Malaysia (BESS) di Loji Tenaga Sejingkat.  

Belian Lewat Saham Perbankan Bantu Bursa Malaysia Hadkan Penurunan

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia ditengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Mazda Labur 5.0 Bilion Baht Bina Hab Pembuatan SUV Elektrik Di Thailand

BANGKOK, 13 Feb (Bernama) -- Mazda Motor Corporation akan melabur sebanyak 5.0 bilion baht (100 baht = RM13.18) untuk mewujudkan hab pembuatan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik di Thailand.