Terdapat 1277 berita berdasarkan kata kunci carian " pendapatan"

Pengerang Terminals Labur RM1.4 Bilion Kembang Kapasiti Penyimpanan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Pengerang Terminals (Two) Sdn Bhd (PT2SB) akan mengembang dan membangunkan kapasiti penyimpanan kira-kira 272,000 meter padu, melibatkan pelaburan sebanyak US$330 juta (RM1.4 bilion) termasuk kos yang berkaitan dengan perkongsian fasiliti di terminal itu.

Unit Steel Hawk Raih Kontrak Perkhidmatan Perancah Daripada EPOMS

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Steel Hawk Bhd, Steel Hawk Engineering Sdn Bhd (SHESB) memperoleh kontrak bagi menyediakan perkhidmatan perancah untuk operasi EPOMS Sdn Bhd.

Kerajaan Tidak Teruskan Pelaksanaan Cukai HVGT - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi (HVGT), menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu menjejaki penurunan daripada prestasi semalaman Wall Street disebabkan aktiviti pengambilan untung menjelang jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan memutuskan untuk menurunkan kadar faedah.

Penurunan Pendapatan KWSP Atas Faktor Pasaran Ekuiti Lemah - MOF

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Penurunan jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 13 peratus pada suku pertama tahun ini kepada RM18.31 bilion berbanding RM20.99 bilion bagi tempoh sama tahun lepas adalah berpunca daripada prestasi pasaran ekuiti yang lemah.

Maxim Sahkan Semua Pemandu Aktif Memiliki EVP Sah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Maxim Malaysia (Maxim) telah memastikan bahawa semua pemandu rakan kongsi aktifnya memiliki permit kenderaan e-panggilan (EVP) yang sah dan berpeluang mendapatkan insurans menerusi syarikat rakan kongsinya.

Bantuan Tunai RM100 Galak Perbelanjaan, Beri Manfaat Pada Peniaga Kecil - Perunding

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bantuan tunai RM100 secara sekali beri daripada kerajaan dijangka menghasilkan kesan limpahan yang ketara kepada ekonomi tempatan, terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil, pengusaha pasar basah dan peruncit kawasan kejiranan di seluruh negara.

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd susut kepada RM57.06 juta menjelang suku kedua berakhir 30 Jun 2025 berbanding dengan RM80.45 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini disebabkan oleh hasil operasi yang lebih rendah.

BMI Kekalkan Unjuran Positif Bagi Perbelanjaan Pengguna Di Malaysia Pada 2025, 2026

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, mengekalkan unjuran positifnya terhadap perbelanjaan pengguna di Malaysia bagi tempoh sepanjang 2025 dengan prospek makroekonomi negara yang sihat menjadi pemacu pertumbuhan sebenar dalam pendapatan isi rumah.

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat sedikit pada hari ini, disokong oleh minat belian sederhana susulan gencatan senjata Thailand-Kemboja yang terbukti membantu meredakan kebimbangan berkaitan politik serantau.

Ekonomi Malaysia Kekal Di Landasan Pertumbuhan Disokong Pelbagai Faktor Positif - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour yakin ekonomi Malaysia masih berada pada trajektori pertumbuhan yang kukuh meskipun berdepan ketidaktentuan akibat pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS).

Eco-Shop Catat Pendapatan, Perolehan Lebih Tinggi Pada Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Eco-Shop Marketing Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM204.32 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mei 2025, meningkat daripada RM177.28 juta pada tahun sebelumnya.