Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam keadaan dagangan yang kurang memberangsangkan, dengan indeks petunjuk pasaran menyusut di bawah paras 1,670.
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam keadaan dagangan yang kurang memberangsangkan, dengan indeks petunjuk pasaran menyusut di bawah paras 1,670.
Oleh Zufazlin Baharuddin dan K.Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada Rabu namun lebih tinggi berbanding mata wang utama berikutan pelabur terus berhati-hati menjelang minggu yang sarat dengan data pasaran buruh Amerika Syarikat (AS).
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Domino’s Pizza Malaysia membuka peluang francais baharu di seluruh negara sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, mempelawa bakal usahawan dan pemilik perniagaan untuk berkembang bersama salah satu jenama piza paling dikenali di dunia itu.
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Tesla Malaysia akan terus menawarkan kesemua model kenderaannya pada harga permulaan yang diperkenalkan pada 2025 selepas pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) tamat pada 31 Disember lepas.
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila pasaran menilai semula insiden AS–Venezuela sebagai gangguan politik tetapi terkawal dari segi ekonomi, kata seorang penganalisis.
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas menjejaki keuntungan yang lebih kukuh di COMEX AS.
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mengesyorkan supaya pengilang dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghasilkan barangan bercukai dikecualikan daripada membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas perkhidmatan input seperti sewaan dan logistik.
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, dengan indeks utama susut 0.45 peratus di tengah-tengah kekurangan pemangkin baharu dan aktiviti pengambilan untung yang sederhana, susulan kenaikan baru-baru ini.
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh aliran meningkat serantau di pasaran niaga hadapan getah, kata peniaga.
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Program CEO Series 2026 REHDA Institute yang dijadualkan pada 15 Januari ini, akan menumpukan aspek penilaian suasana ekonomi serta isyarat dasar yang akan mempengaruhi persekitaran perniagaan dan pelaburan di Malaysia sepanjang 2026.
SEPANG, 6 Jan (Bernama) -- Malaysia telah mengambil langkah penting ke arah memperkukuhkan ekosistem latihan penerbangannya dengan pelancaran Bangunan Simulator MAB Academy di sini, memperkasa cita-cita negara untuk menjadi hab penerbangan serantau terkemuka.
KUALA LUMPUR,6 Jan (Bernama) -- Pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (adex) di Malaysia hampir keseluruhannya terus didorong oleh platform digital, manakala segmen media tradisional terus merosot, kata Kenanga Research.