BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Selangor 2-0 Cong An Hanoi FC | 

Terdapat 2457 berita berdasarkan kata kunci carian " kerjasama"

Malaysia Berhasrat Teraju Peralihan Hijau Serantau Menerusi Kerjasama Kukuh

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berhasrat memainkan peranan utama dalam usaha peralihan hijau serantau dengan memupuk kerjasama lebih kukuh antara kerajaan, industri dan komuniti bagi membina rantau yang lebih berdaya tahan dan kurang pelepasan karbon pada masa depan.

Kementerian Adakan Perbincangan Tentang Insentif Alternatif Penggunaan EV - Tengku Zafrul

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian  Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) adakan perbincangan tentang insentif alternatif untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) berikutan pemansuhan pengecualian duti eksais ke atas kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) mulai 2026, kata Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Anwar Puji Usaha ASEAN Tarik Institusi Utama Untuk Pastikan Kejayaan Grid Kuasa ASEAN

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha ASEAN menarik penyertaan institusi utama bagi memastikan kejayaan Inisiatif Pembiayaan Grid Kuasa ASEAN (APGF).

Labuan IBFC, ASAS Meterai Kerjasama Strategik Majukan Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam Malaysia (ASAS) memeterai perkongsian strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam memajukan landskap kewangan Islam.

MIDA, Maybank Bekerjasama Jadikan Malaysia Hab Pelaburan Global

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Maybank menjalin kerjasama untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama global.

ASEAN Perlu Sasar Jadi Destinasi Pelaburan Tenaga Bersih, Manfaatkan Kerjasama -- TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- ASEAN perlu menyasarkan untuk muncul sebagai destinasi pelaburan tenaga bersih dengan memanfaatkan kerjasama awam-swasta, pembiayaan hijau dan dana iklim, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

SAIC Motor Rancang Mulakan Pemasangan Tempatan Kenderaan MG Pada 2026

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- SAIC Motor Malaysia mengumumkan pelan untuk memulakan pemasangan tempatan bagi kenderaan jenama MG pada separuh pertama 2026.

Jadikan Amalan Kawal Selia Baik Pemacu Integrasi ASEAN -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mencadangkan agar amalan kawal selia yang baik (GRP) dijadikan sebagai pemacu utama integrasi ASEAN untuk mengukuhkan daya saing serta tarikan pelaburan blok itu.

Malaysia Akan Memuktamadkan Dasar Pasaran Karbon Untuk Perkukuh Rangka Kerja Peralihan Rendah Karbon

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang memuktamadkan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan yang menyediakan rangka kerja menyeluruh untuk menetapkan hala tuju negara dalam perdagangan karbon.

TNB Majukan Grid Kuasa ASEAN Dengan Saling Sambung Tenaga Boleh Baharu Rentas Sempadan

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) di bawah inisiatif grid kuasa ASEAN (APG) sedang mengukuhkan saling sambung rentas sempadan untuk memastikan bekalan elektrik mesra alam dapat dibekalkan ke seluruh rantau ini.

ADB, Bank Dunia Lancar Inisiatif Pembiayaan Grid Tenaga ASEAN

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Kumpulan Bank Dunia menerusi kerjasama dengan ASEAN, melancarkan Inisiatif Pembiayaan Grid Tenaga ASEAN (APG) bagi menyokong pembangunan serta integrasi grid tenaga nasional di serata rantau ini.

Prudential Syariah Pacu Pembangunan Terangkum Dalam Pasaran Takaful Indonesia

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Senario takaful di Malaysia dan Indonesia sedang meningkatl dengan penganalisis mengunjurkan pasaran akan melonjak kepada US$5.4 bilion (US$1=RM4.22) menjelang 2033.