4bulan ago
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Sektor hartanah di Pulau Pinang mencatatkan peristiwa penting hari ini dengan pelancaran rasmi Westin Residences Pulau Pinang setinggi 69 tingkat - bangunan kediaman tertinggi di utara Malaysia, yang direka dengan struktur kalis gempa bumi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN harus melakukan pembaharuan struktur untuk mengukuhkan pasaran modal swasta dan menguatkuasakan peraturan terhadap halangan bukan tarif (NTB) jika ia mahu kekal berdaya saing, kata Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Tan Sri Nazir Razak.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah milik Capital A Bhd, mengesahkan sedang berunding dengan rakan niaga tempatan di Vietnam yang menjadi sebahagian daripada usaha memperluas jejaknya di rantau ASEAN.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kalangan syarikat telekomunikasi negara, iaitu CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd hari ini melancarkan pelan yang menyediakan “Number Verification Application Programming Interface (API)” kepada pihak bank dan peruncit dalam talian, sebagai usaha membendung penipuan serta kecurian identiti digital.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Pembangunan pangsapuri perkhidmatan COVO di 16 Sierra oleh IOI Properties Group Bhd (IOIPG) mencapai satu kejayaan besar dengan Menara B habis terjual manakala Menara A pula menyaksikan jualan pantas.
4bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pemeteraian Perjanjian Rangka Kerja Persaingan ASEAN (AFAC) menghantar mesej kukuh kepada komuniti global bahawa kumpulan itu komited sepenuhnya terhadap keadilan, ketelusan dan integriti dalam pasarannya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.3 peratus pada Ogos 2025 dengan mata indeks mencatat 134.9 berbanding 133.2 bagi tempoh sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengunjurkan mekanisme subsidi RON95 yang baharu akan menyediakan sokongan jangka pendek untuk industri automotif.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kalangan pakar menggesa agar perkongsian ekonomi ASEAN dengan Korea Selatan yang menjadi rakan dialog blok itu pada 1991, diperluas dan melangkaui kerangka tradisional dalam senario realiti geopolitik dan ekonomi masa kini, termasuk membabitkan aspek keselamatan serta kestabilan jangka panjang.
4bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pertemuan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) (AS), Jamieson Greer, esok, merupakan peluang penting bagi kedua-dua pihak untuk membincangkan bidang baharu kerjasama ekonomi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) bekerjasama dengan Meta, SoftBank Corp, IPS Inc, PT XLSmart Telecom Sejahtera Tbk dan NEC Corporation untuk membangunkan sistem kabel dasar laut Candle yang menghubungkan negara-negara ASEAN ke Jepun.
4bulan ago
BATU KAWAN, 22 Sept (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bahawa industri semikonduktor akan diberikan lebih perhatian dalam pembentangan Belanjawan 2026 yang dijadualkan pada 10 Oktober ini, sejajar dengan aspirasi di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).