1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari dagangan pertama tahun ini susulan permintaan berterusan terhadap dolar AS susulan kebimbangan mengenai kemungkinan keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk menurunkan kadar faedah pada 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia mengakhiri hari dagangan pertama 2025 dengan ditutup rendah berikutan aktiviti mengambil untung susulan kenaikan pada dagangan akhir tahun awal minggu ini, sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada hari urusniaga pertama tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global Malaysia yang diselaraskan mengikut musim susut kepada 48.6 pada Disember 2024 daripada 49.2 pada November, dengan peningkatan kos pada kadar paling perlahan dalam tempoh empat tahun setengah, sejak Jun 2020.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Pelabuhan Tajung Pelepas (PTP) yang juga unit dengan pegangan 70 peratus MMC Corporation Bhd, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia mengendalikan lebih 12.25 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) dalam tempoh satu tahun pada 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar, kata Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik (KSI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang rendah pada Disember dan prestasi Wall Street yang lemah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Etiqa Life Insurance Bhd (ELIB) mengumumkan pelantikan Leong Su Yern sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya, berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan harga minyak mentah Brent tidak menentu dan lebih lemah tahun ini iaitu pada purata US$70 setong berbanding US$80 setong tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Sektor penerbangan Malaysia telah mengalami pemulihan dan pertumbuhan mampan dengan trafik penumpang udara mencecah 8.0 juta penumpang pada November 2024, menandakan peningkatan 15.8 peratus tahun ke tahun yang kukuh berbanding November 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Firma penyelidikan menjangka 2025 akan menjadi satu lagi tahun yang kukuh bagi ringgit dan Bursa Malaysia, dengan ringgit kekal stabil dan Bursa Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan.