1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Haily Group Bhd Haily Construction Sdn Bhd telah menerima surat anugerah daripada Meridin East Sdn Bhd bagi pembinaan dan penyiapan 393 unit rumah teres di Johor Bahru bernilai RM75.90 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Halal Development Corporation (HDC), bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sedang merangka dan mengkaji untuk memperkenalkan insentif baharu bagi menggalakkan pelaburan asing dalam sektor industri halal.
1tahun ago
KUCHING, 18 Sept (Bernama) -- Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) mempelawa penyertaan bagi Anugerah Ekonomi Digital Sarawak 2024 yang dibuka sehingga 23 September ini.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen lemah apabila para peniaga kekal tidak memasuki pasaran menjelang jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kimlun Corporation Bhd (Kimlun Corp), Kimlun Sdn Bhd meraih kontrak pembinaan daripada Tanah Sutera Development Sdn Bhd untuk pembangunan kediaman di Johor Bahru dengan jumlah keseluruhan RM128.13 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Syarikat insurans dan pengendali takaful perlu mengembangkan kapasiti mereka dan berusaha untuk merapatkan jurang perlindungan kritikal serta mengukuhkan jaringan keselamatan kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1tahun ago
LONDON, 18 Sept (Bernama) -- Kewangan Islam era moden mula bertapak di Malaysia pada 1963 dengan penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji), yang merupakan pusat kepada transformasi sistem kewangan berasaskan Syariah di Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- BIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan defisit fiskal yang lebih rendah sebanyak 3.5 peratus sejajar dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk Belanjawan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) harus terus meningkatkan keupayaannya untuk menambah baik dari segi keselamatan dan kapasiti, memastikan ia dapat menghadapi cabaran serantau dan global yang muncul.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini bagi hari dagangan ketiga berturut-turut disebabkan terutamanya oleh langkah India mengenakan cukai import tinggi ke atas minyak boleh dimakan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Supermax Corporation Bhd (Supermax) dijadualkan memulakan pengeluaran sarung tangan secara komersial di kemudahan perkilangan pertamanya di Amerika Syarikat (AS) yang terletak di Texas menjelang Januari tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives kekal tinggi ketika ditutup hari ini menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat pada 17-18 September.