1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kumpulan H&L High Tech Bhd, H&L High-Tech Deco Sdn Bhd telah memeterai perjanjian penggabungan ladang dengan Prosperous Plantation PLT (PPP) untuk mencapai skala ekonomi dan meningkatkan pengeluaran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh TCS Group Holdings Bhd, TCS Construction Sdn Bhd (TCSC) meraih kontrak bernilai RM611.30 juta daripada Jabatan Kerja Raya Sabah bagi pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Fasa 1B.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kemudahan pembuatan bendalir baharu Keyto MY Sdn Bhd di Batu Kawan, Pulau Pinang bersedia untuk meningkatkan kemampuan perindustrian Malaysia dan mempelbagaikan sektor pembuatan berteknologi tinggi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Juara Sejati Sdn Bhd (JSS), anak syarikat milik 100 peratus Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melupuskan 32 juta saham yang mewakili kira-kira 4.14 peratus kepentingan ekuiti dalam REDtone Digital Bhd pada harga RM29.76 juta atau 93 sen sesaham.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Swift Energy Technology Bhd telah menandatangani perjanjian pengunderaitan dengan M&A Securities Sdn Bhd untuk tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- EA Technique (M) Bhd (EATech) menerusi anak syarikat milik penuhnya Libra Perfex Precision Sdn Bhd (LIBRA) berjaya memperoleh tiga kontrak lanjutan daripada Petronas Floating LNG 1 (L) Ltd (PFLNG1) bernilai RM63.9 juta.
1tahun ago
RIO DI JANEIRO (Brazil), 18 Nov (Bernama) -- Syarikat tenaga dan teknologi global Yinson Holdings Bhd berkata kerjasama dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada kerajaan Brazil dan Malaysia memainkan peranan penting dalam kejayaan syarikat itu.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 15 Nov (Bernama) -- Sabah mencatatkan imbangan dagangan berjumlah RM9.6 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding RM11.5 bilion pada tempoh sama tahun lepas, kata Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan para pemegang sahamnya (Konsortium) hari ini mengumumkan hasrat untuk mengemukakan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat bagi semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada RM11 sesaham, mencerminkan nilai ekuiti berjumlah RM18.4 bilion.
1tahun ago
Daripada Engku Shariful Azni Tengku Ab Latif
TANAH MERAH, 15 Nov (Bernama) -- Niche Capital Emas Holdings Bhd (Nice) berjaya mengoperasikan loji larut resap di Lombong Emas Sokor Utara di sini.