4bulan ago
PETALING JAYA, 11 Sept (Bernama) -- Malaysia telah mencadangkan penubuhan rangka kerja yang diperlukan di peringkat ASEAN bagi menggalakkan perniagaan inklusif (IB), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakan mata wang utama pada Khamis, sejajar dengan jangkaan terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selepas data ekonomi dicatatkan lemah.
4bulan ago
SEREMBAN, 10 Sept (Bernama) -- Sesi Mesyuarat ke-12 Kumpulan Kerja mengenai Statistik Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa (WGSITS12) pada 8-9 September lepas, menjadi platform penting ASEAN dalam usaha mengukuhkan lagi kerjasama.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) Kesultanan Oman hari ini menandatangani Program Usaha Sama Pembangunan Pasaran Modal untuk memajukan perkongsian strategik antara kedua-dua pihak berkuasa itu.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan geopolitik dan perdagangan global, lebih baik berbanding beberapa negara ASEAN antaranya Singapura dan Thailand pada suku kedua tahun ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- ASEAN menawarkan peluang yang luas untuk pelaburan berimpak tinggi berikutan peneraju dalam sektor perniagaan dan kerajaan cenderung ke arah integrasi serantau yang lebih baik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
4bulan ago
OSAKA, 10 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menegaskan komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 di samping menekankan peranannya dalam memajukan integrasi tenaga ASEAN ketika berlangsungnya Minggu Tenaga di Pavilion Malaysia pada acara dunia, Expo 2025 Osaka, di sini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Penyertaan Malaysia dalam acara Expo 2025 Osaka turut mengetengahkan agenda peralihan tenaga negara, termasuk peranan penting Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam menonjolkan kepimpinan ekonomi dan perindustrian di persada dunia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang memuktamadkan Mekanisme Insentif Tersuai Baharu (NCM) yang menyasarkan untuk menyediakan struktur cukai dan insentif yang lebih telus dan menarik bagi memperkukuh industri automotif Malaysia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kebergantungan ketara ASEAN terhadap eksport, terutamanya di Malaysia dan Singapura, menimbulkan cabaran apabila kelembapan ekonomi China mula menjejaskan prospek pertumbuhan serantau, kata seorang ahli ekonomi.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Syarikat produk tenusu yang beribu pejabat di Johor, Farm Fresh Bhd berharap Belanjawan 2026 akan mengekalkan pendanaan bagi menyokong perbelanjaan isi rumah untuk barangan keperluan di samping menyelesaikan dasar berkaitan kesihatan seperti cukai gula.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Pakar produk tenusu yang berpangkalan di Johor, Farm Fresh Bhd kekal yakin terhadap pertumbuhan keuntungannya pada tahun depan disokong oleh kemajuan yang stabil dalam projek tempatan dan luar negara.