Terdapat 616 berita berdasarkan kata kunci carian "mot"

Maybank IB Naikkan Unjuran TIV 2025 Sebanyak Lima Peratus Kepada 790,000 Unit

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Maybank Investment Bank (Maybank IB) menaikkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk tahun ini sebanyak lima peratus kepada 790,000 unit, meningkat daripada unjuran sebelumnya iaitu 750,000 unit.

CIMB Securities Unjur Jualan Kenderaan Baharu Susut Tujuh Peratus Pada 760,000 Unit

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) bagi kenderaan baharu dijangka susut sebanyak tujuh peratus tahun ke tahun kepada 760,000 unit pada 2025 daripada 816,674 unit tahun sebelumnya, kata CIMB Securities Sdn Bhd.

PIAM, Pihak Berkepentingan Bekerjasama Atasi Kenderaan Kerugian Menyeluruh

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Syarikat-syarikat insurans am dan takaful sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan utama mengenai isu kenderaan kerugian menyeluruh (total loss), menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). 

Kenanga IB Kekal Unjur TIV Sebanyak 805,000 Unit Pada 2025

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 805,000 unit pada 2025 untuk industri automotif, disokong minat belian berikutan penangguhan peraturan duti eksais baharu.

Naza Eastern Motors Sasar Lima Cawangan Suzuki Baharu Tahun Ini

GEORGE TOWN, 24 Jan (Bernama) -- Naza Eastern Motors, pengedar eksklusif Suzuki Cars di Malaysia, komited untuk meluaskan kehadiran jenama kereta Jepun itu, dengan lima cawangan baharu dijadualkan dibuka di seluruh negara tahun ini.

Allianz General Tawar Insurans Harta Komprehensif Dengan Perlindungan Pintar

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd, melalui anak syarikatnya Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd telah menawarkan pelbagai liputan tambahan untuk memenuhi keperluan perlindungan harta pelanggan melalui polisi perlindungan rumah pintarnya.

Pengeluaran Proton e.MAS 7 Dipertingkatkan Susulan Permintaan Tinggi

KOTA BHARU, 21 Jan (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) telah menambah pengeluaran kenderaan elektrik (EV) e.MAS 7 sebanyak 6,000 unit lagi berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan seluruh negara.

MAA, MARii Bekerjasama Anjur Pameran Automotif

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) untuk bekerjasama dalam penganjuran pameran automotif serta pertunjukan motosikal setiap dua tahun sekali.

Industri Automotif Malaysia Capai Rekod Jualan 816,747 Unit Pada 2024

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Industri automotif Malaysia mencatatkan rekod  jualan keseluruhan industri (TIV) sebanyak 816,747 unit pada 2024, melepasi angka 800,000 unit buat pertama kalinya.

Perodua, UTM Jalin Kerjasama Bangun Kenderaan Elektrik Generasi Baharu

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalinkan kerjasama membangunkan kenderaan elektrik (xEV) generasi baharu. 

Kenaikan Gaji Akan Pacu Sektor Peruncitan, Pelancongan

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam serta upah minimum dilihat akan memberi impak positif kepada sektor runcit dan pelancongan, yang banyak bergantung kepada perbelanjaan pengguna.

Malaysia Berpotensi Jana Pelaburan RM11 Bilion, Eksport RM500 Juta Ke UK

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Malaysia berpotensi untuk menjana pelaburan bernilai RM11 billion manakala eksport sebanyak RM500 juta ke United Kingdom (UK) hasil daripada lawatan kerja lima hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke UK yang berakhir semalam.