6bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
MOSCOW, 28 Jun (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menamatkan lawatan kerja beliau selama lapan hari ke Uzbekistan dan Rusia, menandakan detik penting dalam usaha baharu Malaysia untuk memperkukuh perkongsian strategik antarabangsa.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Sektor penerbangan Malaysia berada dalam keadaan berjaga-jaga, memberi keutamaan kepada aspek keselamatan untuk mengelak kejadian pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh lebih sedekad lepas berulang.
6bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia berpotensi untuk mengembangkan lagi pasarannya di Asia Tengah melalui pengukuhan kerjasama dua hala dengan Uzbekistan, yang boleh menjadi platform terbaik sebagai pintu masuk negara ke rantau itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
6bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 24 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof meminta AirAsia X mempertimbang Samarkand sebagai destinasi dalam laluan penerbangan ke Uzbekistan berikutan peningkatan minat untuk menziarahi lokasi bersejarah Islam di rantau itu.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- AirAsia mengalu-alukan penggabungan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) kerana ia merupakan langkah penting bagi mengukuhkan sektor penerbangan negara.
6bulan ago
SEPANG, 23 Jun (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah jarak sederhana, AirAsia X Bhd merancang menjadikan rantau Asia Tengah sebagai fokus utama bagi peluasan rangkaian penerbangannya, disokong potensi permintaan pasaran yang tinggi dan kurang diteroka syarikat penerbangan komersial.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- AirAsia Group Bhd telah mengumumkan gangguan penerbangan masuk dan terbang dari Bali, Lombok serta Labuan Bajo berikutan letusan Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara, Indonesia.
7bulan ago
GEORGE TOWN, 17 Jun (Bernama) -- Seramai 88 pakar penerbangan dari rantau ASEAN dan Eropah menyertai Bengkel ASEAN Mengenai Kelestarian Penerbangan – Penambahbaikan Operasi dan Kecekapan, di sini, bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan industri penerbangan, termasuk fokus terhadap pengukuran pelepasan karbon dan kecekapan ruang udara.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- AirAsia yang juga penyokong utama keterangkuman ASEAN, kini menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus kepada 12,000 petugas media yang layak untuk mengembara ke 57 destinasi di serata 10 negara anggota blok berkenaan.
7bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Pelan penyusunan semula Capital A Bhd untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) kini berada di peringkat akhir dengan 15 hingga 20 peratus masih belum selesai yang dijangka siap selewat-lewatnya akhir Julai 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- AirAsia berada di kedudukan ke-24 dalam senarai jenama syarikat penerbangan paling bernilai di seluruh dunia dan jenama ketujuh paling bernilai di Malaysia dalam laporan terkini Brand Finance Malaysia 100 2025.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE), unit penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Capital A Bhd dianugerahkan pensijilan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat dan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA).