Terdapat 3902 berita berdasarkan kata kunci carian " bank"

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat pada dagangan Rabu, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street ketika penurunan harga minyak memulihkan sentimen para pelabur, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat Dasar BNM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) esok.

Ringgit Ditutup Kebanyakannya Kukuh Berbanding Mata Wang Utama, Unit Serantau

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya kukuh berbanding mata wang utama dan unit serantau namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Minat Belian Ketara Saat Akhir Pacu Bursa Malaysia Ditutup Raih 7.66 Mata

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun dan mengatasi penyusutan awal apabila ditutup tinggi dalam dagangan Selasa, didorong oleh momentum belian pada lewat tengah hari ini.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Di Sebalik Ketegangan Di Asia Barat

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, mencerminkan penurunan di Wall Street berikutan ketegangan geopolitik yang kembali memuncak di Asia Barat sehingga menjejaskan sentimen pelabur, kata seorang penganalisis.

Koperasi Malaysia Kekal Stabil, Kuskop Perkasa Bantuan Hadapi Krisis Global

SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Institusi koperasi di Malaysia setakat ini dilihat kekal stabil dan tidak terjejas secara serius meskipun berdepan tekanan krisis bekalan global yang turut memberi kesan kepada sektor ekonomi negara.

Ringgit Stabil Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan MPC

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada penutupan semalam ketika pasaran menunggu keputusan terbahru daripada Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) dijadualkan diumum pada 7 Mei ini.

ADB, Jepun Lancar Inisiatif ACCEL Bagi Perkukuh Keselamatan Tenaga Berikutan Kenaikan Harga

KUALA LUMPUR, 4 Mei  (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Jepun memulakan Tindakan untuk Mewujudkan Keselamatan Tenaga bagi Daya Tahan Jangka Panjang (ACCEL), sebuah inisiatif bersama yang menyokong negara dan perniagaan di Asia dan Pasifik menghadapi kenaikan harga tenaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki prestasi niaga hadapan emas Bursa Komoditi New York (COMEX) yang lebih lemah, apabila pelabur memahami pendirian agresif bank pusat utama terhadap inflasi. 

Ringgit Meningkat Apabila Minat Risiko Kembali Susulan Jaminan Laluan Selat Hormuz Selamat

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang serantau termasuk dolar AS berikutan minat risiko yang semakin baik, disokong oleh keyakinan yang semakin tinggi bahawa laluan melalui Selat Hormuz adalah selamat.

Setiausaha Syarikat Didenda RM50,000 Langgar AMLA, Kemuka Maklumat Palsu

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Seorang setiausaha syarikat didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melanggar peruntukan antipengubahan wang haram serta mengemukakan maklumat palsu kepada Pendaftar Syarikat.