1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 21 Nov (Bernama) – Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah memeterai Surat Hasrat (LoI) dengan Bank Islam hari ini untuk menghulurkan bantuan kewangan serta perundingan kepada bakal usahawan dan komuniti asnaf dalam pulau bebas cukai itu.
1tahun ago
KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menyasarkan lebih 90 peratus pekebun kecil bebas akan mendapat pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) menjelang akhir tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Industri permainan digital Malaysia mencatat hasil jualan dan eksport sebanyak RM45 juta melalui dana yang telah disediakan oleh kerajaan bagi tempoh 2014 hingga 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 23 Okt (Bernama) -- Industri beras Sabah dijangka menerima banyak manfaat daripada pelbagai inisiatif pertanian yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, kata Prof Madya Dr Bonaventure Boniface dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).
1tahun ago
KUCHING, 21 Okt (Bernama) -- Kerajaan Sarawak hari ini melancarkan sistem pangkalan data usahawan Sarawak yang juga dikenali sebagai ENBASE bagi merancakkan sektor keusahawanan di negeri ini.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- SME Bank Bhd menyeru kerajaan menetapkan langkah strategik untuk menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menumpukan kepada kemampanan, daya tahan kewangan dan transformasi digital menerusi Belanjawan 2025 yang dijadual dibentangkan Jumaat ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berharap kerajaan akan membantu penanam mempercepatkan aktiviti penanaman semula bagi memulihkan pokok kelapa sawit yang tidak produktif dan tua dalam Belanjawan 2025, untuk meningkatkan produktiviti sektor tersebut.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pempamer Malaysia di acara Ekspo China-ASEAN ke-21 (CAEXPO) 2024 di Nanning, China baru-baru ini, mencatat prestasi mengatasi jangkaan dengan menjana jualan bernilai lebih RM402.88 juta berbanding sasaran awal RM320 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pengendali TNG eWallet, TNG Digital Sdn Bhd menggesa kerajaan agar kerajaan melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas perkhidmatan digital dalam Belanjawan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada awal tahun ini, menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.