Terdapat 323 berita berdasarkan kata kunci carian " bnm "

Aset Rizab Malaysia Pada US$123.6 Bilion Setakat Akhir September 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berada pada US$123.6 bilion (US$1= RM4.19) pada akhir September 2025, meningkat daripada US$122.68 bilion pada akhir Ogos 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM Akan Terbitkan Dokumen Dasar Penggunaan Ta'awun Lebih Meluas Bagi Takaful

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk menerbitkan dokumen dasar mengenai penggunaan ta’awun (bantuan bersama) yang lebih meluas dalam takaful menjelang akhir tahun ini.

BNM Teroka Penggunaan Tokenisasi, Pelawa Maklum Balas Awam

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyokong pendekatan kolaboratif bagi meneroka tokenisasi atau pengewangan token dalam usaha mewujudkan pelan hala tuju selamat serta mampan untuk pembangunan perkhidmatan kewangan bertoken di Malaysia.

BNM, Perbendaharaan AS Terus Bincang Mengenai Isu Makroekonomi, Forex

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk meneruskan perbincangan dengan lebih rapat mengenai isu makroekonomi dan pertukaran mata wang asing (Forex).

Rizab Antarabangsa BNM Pada US$123.4 Bilion Setakat 15 Okt

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US $123.4 bilion setakat 15 Oktober 2025 berbanding US$123.6 bilion yang dicatatkan semasa 30 Sept 2025. 

Pembuktian Konsep Mata Wang Digital Bank Pusat Dijangka Selesai Akhir Tahun Ini - MOF

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka selesai melaksanakan pembuktian konsep untuk mata wang digital bank pusat (CBDC) borong domestik menjelang akhir tahun ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

AMLA : BNM Perkukuh Ketelusan, Wajibkan Bank Beri Notis Bertulis Kepada Pemegang Akaun Ditutup -- MOF

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkukuh ketelusan dalam pengendalian rayuan akaun bank ditutup dengan mewajibkan institusi kewangan mengeluarkan notis bertulis kepada pemegang akaun terjejas, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

BNM Tetap Optimis Terhadap Prospek Ringgit, Disokong Asas Ekonomi Kukuh - Gabenor BNM

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) kekal optimis terhadap trajektori ringgit, disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan pembaharuan struktur.

BNM Guna Pakai MYOR-i Sebagai Kadar Penanda Aras Islam Mandatori Mulai 1 Julai 2027

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengguna pakai Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) sebagai kadar rujukan mandatori bagi semua produk kewangan Islam mulai 1 Julai, 2027.

Takrif Semula, Pertingkat Kewangan Islam Dapat Bentuk Sistem Kewangan Lebih Mampan - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Anjakan transformasi, didorong oleh kepimpinan yang kukuh, boleh mentakrifkan semula dan meningkatkan peranan kewangan Islam, dan membentuk sistem kewangan lebih inklusif dan mampan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Kerangka Produk Asas Insurans/Takaful Perubatan, Kesihatan Dimuktamadkan Akhir 2025

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kerangka produk asas insurans/takaful perubatan dan kesihatan akan dimuktamadkan pada akhir tahun ini manakala pelancarannya dijangka pada 2027, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).