6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd (Greenergy) telah memeterai perjanjian pengunderaitan dengan CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB) dan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
6bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini susulan aktiviti membeli saham murah yang muncul semula selepas dagangan hambar minggu lepas, sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Syarikat di bawah Nota Amalan 17 (PN17), KNM Group Bhd akan dinyahsenarai daripada senarai rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd pada 5 November ini susulan tindakan bursa menolak pelan pemulihannya.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) telah memaklumkan kepada Pimpinan Ehsan Bhd mengenai keputusannya untuk menolak permohonan syarikat itu bagi lanjutan masa tambahan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Insights Analytics Bhd, penyedia penyelesaian teknologi yang berpangkalan di Sarawak mencatatkan lebihan langganan untuk bahagian awam tawaran awam permulaannya (IPO) sebanyak 53.62 kali.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- KNM Group Bhd telah menerima notis tuntutan bertulis untuk mempertimbangkan cadangan pelupusan melibatkan anak syarikat Jermannya, Deutsche KNM GmbH (DKNM).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Syarikat sistem pengangkat dan kren, Powertechnic Group Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM22.05 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 28 Oktober 2025.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- BMS Holdings Bhd (BMS Holdings) menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd bagi penyenaraiannya di Pasaran ACE pada suku keempat 2025.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd akan menggantung dagangan sekuriti Ireka Corporation Bhd (ICB) berkuat kuasa 3 Okt 2025.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd secara terbuka telah menegur Fitters Diversified Bhd dan lima pengarahnya kerana melanggar keperluan penyenaraian Pasaran Utama.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran awam kepada Ecobuilt Holdings Bhd (ECOHLDS) dan dua bekas pengarahnya berikutan melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).
8bulan ago
PETALING JAYA, 12 Sept (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan utiliti, Cheeding Holdings Bhd menyasarkan untuk meraih RM51.5 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO), menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 7 Okt 2025.