BERITA TERKINI   Dua premis disiasat susulan pencemaran bau di Sungai Kabul, Semenyih - MB Selangor | 

Terdapat 91 berita berdasarkan kata kunci carian " kementerian ekonomi"

Amir Hamzah Diberi Tanggungjawab Jalankan Tugas Dan Fungsi Menteri Ekonomi

PUTRAJAYA, 27 Jun (Bernama) -- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.

Malaysia Berpotensi Kembangkan Pasaran Di Asia Tengah, Jadikan Uzbekistan Pintu Masuk

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia berpotensi untuk mengembangkan lagi pasarannya di Asia Tengah melalui pengukuhan kerjasama dua hala dengan Uzbekistan, yang boleh menjadi platform terbaik sebagai pintu masuk negara ke rantau itu,  kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

JS-SEZ Tarik Minat Pelabur Global Ketika Johor Muncul Sebagai Pintu Masuk ASEAN

JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semakin menarik minat pelabur antarabangsa terutamanya dari Jepun, Korea Selatan, China, dan Eropah, apabila Johor meletakkan dirinya sebagai pintu masuk strategik ke pasaran ASEAN.

MIMOS Sokong Usaha Uzbekistan Bangunkan Sektor Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- MIMOS Bhd, sebuah pusat inovasi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tiga pihak dengan Kementerian Ekonomi dan Kewangan Uzbekistan serta Uzeltexsanoat (UzETS).

Rafizi Zahir Ucapan Terima Kasih Kepada Individu Bantu Usahakan Inisiatif Ekonomi

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada beberapa individu yang banyak membantu beliau dalam mengusahakan inisiatif ekonomi di bawah Kementerian Ekonomi.

Johor Berjaya Cipta 33,000 Peluang Pekerjaan Hasil Daripada Pelaburan Tertinggi

JOHOR BAHRU, 12 Jun (Bernama) -- Johor berjaya menghasilkan 33,000 peluang pekerjaan baharu, meningkatkan pemindahan teknologi dan kepakaran serta mengukuhkan daya saing ekonomi negeri berikutan berjaya menarik pelaburan berkualiti tinggi dan berteknologi maju. 

SAMENTA Gesa Kekal Dasar, Komited Perubahan Ekonomi Menjelang RMK-13 Dimuktamadkan

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa kerajaan untuk mengekalkan kesinambungan dasar dan komited terhadap pembaharuan ekonomi jangka panjang ketika Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) semakin hampir dimuktamadkan.

Rafizi Ramli Letak Jawatan Menteri Ekonomi, Berkuat Kuasa 17 Jun 2025

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun, 2025.

Proses Rasionalisasi Subsidi RON95 Akan Diuruskan Sepenuhnya Oleh MoF - Rafizi

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Keputusan mengenai cadangan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kewangan (MoF) seperti yang diputuskan Kabinet, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.

Enam Bank Meterai LOI Sedia Kemudahan Kewangan Di JS-SEZ - Rafizi

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Sebanyak enam bank menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Kementerian Ekonomi hari ini, menyediakan kemudahan kewangan untuk menyokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.

Johari Seru Penggiat Industri Minyak Sawit Sokong Inisiatif Bio Bahan Api

KUANTAN, 29 April (Bernama) -- Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyeru penggiat industri minyak sawit untuk menyokong inisiatif pelet hitam TG2, inovasi bio bahan api boleh baharu yang berpotensi menggantikan arang batu dalam penjanaan tenaga.

Kerajaan MADANI Sedang Laksana Langkah Kukuh Atasi Kesan Tarif AS - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kerajaan MADANI sedang melaksanakan langkah kukuh untuk mengurangkan kesan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.