Terdapat 515 berita berdasarkan kata kunci carian " kenderaan"

BMW Lancar EV Pemasangan Tempatan Pertama, Jadi Pencapaian Besar Dalam Usaha Elektrifikasi

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- BMW Group Malaysia mula menjual BMW i5 eDrive40 M Sport Pro (BMW i5), model kenderaan elektrik (EV) pertama yang dipasang di peringkat tempatan, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam usaha elektrifikasi ketika BMW menyasarkan pertumbuhan berterusan dalam segmen premium.

Ketua Pegawai Eksekutif Dan Pengarah Urusan Lynas Amanda Lacaze Akan Bersara

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lynas Rare Earths Ltd, Amanda Lacaze akan bersara selepas 12 tahun menggalas jawatan tersebut.

EXIM Bank Malaysia Meterai MoU Dengan Firma Turkiye Tingkat Perdagangan Dua Hala, Pelaburan

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Pemeteraian perjanjian antara EXIM Bank Malaysia dan beberapa syarikat Turkiye memperkukuh lagi kerjasama perdagangan dan pelaburan dua hala di samping menyokong pengembangan antarabangsa selaras dengan objektif kepelbagaian perindustrian negara.  

Jualan Dagangan Borong, Runcit Naik 6.4 Peratus Kepada RM158.9 Bilion Pada November

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia mencecah RM158.9 bilion pada November 2025 yang memaparkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 6.4 peratus, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Tesla Malaysia Kekalkan Harga Semasa Selepas Pengecualian Cukai EV Tamat

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Tesla Malaysia akan terus menawarkan kesemua model kenderaannya pada harga permulaan yang diperkenalkan pada 2025 selepas pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) tamat pada 31 Disember lepas.

Kerajaan Johor-Gotion High-Tech Co.Ltd Muktamadkan Perbincangan Pelaburan Impak Tinggi

JOHOR BAHRU, 3 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor sedang memuktamadkan perbincangan pelaburan berimpak tinggi dengan syarikat teknologi bateri global Gotion High-Tech Co., Ltd bagi penubuhan fasiliti pembuatan bateri litium termaju di negeri ini.

Malaysia Laksana Fasa Keempat E-invois, Perkasa Sistem Cukai, Ringan Beban Pematuhan PKS

KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Malaysia memulakan fasa keempat pelaksanaan invois elektronik (e-invois) hari ini, menandakan satu lagi usaha kerajaan bagi memperkukuhkan pentadbiran cukai, selain meringankan beban pematuhan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 

Malaysia Catat Inflasi Keseluruhan 1.4 Peratus, Teras 2.2 Peratus Pada November -- BNM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia meningkat sedikit kepada 1.4 peratus pada November 2025 daripada 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM). 

FMM Saran Daya Saing Kos Yang Lebih Baik Untuk Sokong Pertumbuhan Pembuatan

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM) menyarankan agar kerajaan mengukuhkan daya saing kos Malaysia untuk menyokong pertumbuhan pembuatan ketika negara mula memasuki 2026.

TIV Sektor Automotif Dijangka Susut 2.0 Peratus Pada 2026 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) industri automotif dijangka susut 2.0 peratus tahun ke tahun kepada 774,000 unit pada 2026 daripada 790,000 unit pada 2025, terjejas oleh beberapa cabaran.

Sejumlah Kenderaan Terjejas Selepas Isi Minyak, Petronas Dagangan Hubungi Pelanggan Terlibat

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd (PDB) memaklumkan sejumlah kenderaan terjejas selepas mengisi minyak di Stesen Petronas Samarahan Expressway di Kota Samarahan, Sarawak semalam.

China Mungkin Kekal Jadi Rakan Dagang Terbesar Malaysia - Duta Besar

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) – China mungkin mengekalkan kedudukannya sebagai rakan dagang terbesar Malaysia untuk tahun ke-17 berturut-turut, dengan pelaburan kumulatif di negara ini melepasi US$20.8 bilion (US$1=RM4.07), kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.