Terdapat 92 berita berdasarkan kata kunci carian " ketua pengarah"

Pameran Pengembaraan AirAsia 2025 Dijangka Tarik 15,000 Pengunjung

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Pameran Pengembaraan AirAsia (AATF) 2025 dijangka menarik kira-kira 15,000 pengunjung, iaitu meningkat 5,000 berbanding edisi prapandemik pada 2019, selaras dengan hasrat syarikat penerbangan itu mengembalikan siri pameran tersebut dengan rancangan menjadikan pameran tahun depan sebagai yang terbesar di Malaysia.

Industri Perkapalan Malaysia Kekal Berdaya Tahan

PETALING JAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Industri perkapalan Malaysia kekal berdaya tahan dengan memenuhi permintaan global yang meningkat dan menjana keuntungan walaupun berdepan ketidaktentuan perdagangan global, kata Pengerusi Persatuan Perkapalan Malaysia (SAM) Ooi Lean Hin.

Belanjawan 2026 Dukung Matlamat RMK13, Tumpu Tiga Teras Utama - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2026 adalah belanjawan sulung yang mendukung matlamat Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan akan menumpukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta memperkukuh tatakelola baik dalam pentadbiran negara.

MPOB Jangka Eksport Minyak Sawit Pulih Pada Separuh Kedua 2025

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 28 Julai (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjangkakan eksport minyak sawit akan pulih pada separuh kedua tahun ini disebabkan permintaan musim perayaan yang lebih kukuh di pasaran-pasaran utama.

Sidang Kemuncak MDX Akan Fokus Kepada Teknologi Nextgen

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Sidang Kemuncak Xceleration Digital Malaysia (MDX) 2025 akan menumpukan pada teknologi generasi akan datang (NEXTGEN), membincangkan lima perkara utama dalam sesi panel sepanjang acara yang berlangsung selama tiga hari itu.

APT Ulangi Komitmen Kepada Integrasi Ekonomi, Pembaharuan WTO Dalam Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Negara-negara ASEAN Campur Tiga (APT) mengulangi komitmen teguh untuk memperdalam integrasi ekonomi serantau dan mengekalkan sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dan perdagangan global yang semakin meningkat.

Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Perdagangan ACAFTA Pacu Langkah Ke Arah FTA ASEAN-Kanada

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Jawatankuasa Rundingan Perdagangan (TNC) Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada Ke-14 (ACAFTA) dan mesyuarat berkaitan menandakan langkah penting ke arah memajukan FTA ASEAN-Kanada yang moden, berkualiti tinggi dan saling menguntungkan. 

Proses Permohonan Pas Ekspatriat Dipendekkan Kepada 10 Hari Menerusi Xpats Gateway

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Tempoh memproses kelulusan Pas Penggajian Ekspatriat (EP) yang sebelum ini mengambil masa 40 hari kini dipendekkan kepada 10 hari bekerja susulan penyepaduan Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan MYFutureJobs ke dalam Xpats Gateway bermula 1 Julai.

WTO Perlu Diberi Nafas Baharu - PM Anwar

RIO DE JANEIRO, 6 Julai (Bernama) -- Malaysia menyokong penuh reformasi menyeluruh terhadap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Rusia Setuju Terus Bekerjasama Tingkatkan Keupayaan Malaysia Bangunkan Teknologi Nuklear - TPM Fadillah

MOSCOW, 28 Jun (Bernama) -- Rusia menyatakan kesediaan dan bersetuju untuk terus bekerjasama dalam meningkatkan keupayaan Malaysia dari segi institusi, modal insan, teknikal, komersial dan perundangan bagi pembangunan teknologi tenaga nuklear negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

MyPOWER Meterai NDA Dengan Rosatom Energy Projects Untuk Pembangunan Nuklear

Daripada Siti Radziah Hamzah

MOSCOW, 27 Jun (Bernama) -- MyPOWER Corporation Malaysia hari ini menandatangani perjanjian tanpa pendedahan (NDA) dengan Rosatom Energy Projects dari Rusia untuk perkongsian pengetahuan dari segi pembangunan tenaga nuklear.

TPM Fadillah Bertemu Ketua Pengarah Rosatom Untuk Bincang Pembangunan Nuklear

Daripada Siti Radziah Hamzah

MOSCOW, 27 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Perbadanan Nuklear Rusia Rosatom, Alexey Likhachev untuk membincangkan kerjasama dua hala dalam tenaga nuklear.