1tahun ago
SEPANG, 23 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd sedang mengadakan perbincangan dengan pengeluar pesawat Airbus, Embraer dan Comac untuk membeli pesawat baharu sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan bagi operasi syarikat penerbangannya di bawah jenama AirAsia.
1tahun ago
SEPANG, 23 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd dijangka keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang suku pertama tahun depan selepas menyerahkan cadangan pelan regularisasinya kepada Bursa Malaysia Securities Bhd hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bangkit daripada penyusutan dialami pada Jumaat lepas apabila mengakhiri dagangan lebih tinggi pada hari ini, didorong oleh minat belian baharu bagi saham-saham perbankan dan seiring prestasi pasaran serantau yang positif, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami pergerakan harga tidak menentu minggu depan berikutan minggu dagangan yang singkat, kata peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia diunjur mengekalkan trend diniagakan tidak berubah minggu depan sehingga terdapat pemangkin baharu, kata Rakuten Trade Sdn Bhd.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan kecil ketika musim cuti Krismas dengan unjuran harga US$2,585 hingga US$2,635 di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati serta aktiviti akhir tahun yang suram.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal stabil minggu depan sehingga muncul pemangkin baharu.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil pada paras 4.50 hingga 4.52 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, memaparkan ketidaktentuan dan sentimen berhati-hati dalam kalangan peniaga sewaktu tempoh cuti Krismas.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah hari ini susulan aktiviti penjualan besar-besaran di Wall Street semalaman terutamanya dalam saham teknologi, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 25 Dis, 2024 sempena cuti umum Hari Krismas dan pada 1 Jan, 2025 sempena Tahun Baharu.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Industri runcit dijangka pulih menjelang hujung tahun ini selepas mengalami pertumbuhan pasaran yang lemah dalam dua bulan kebelakangan ini, kata Malayan United Industries Bhd (MUI Group).