Terdapat 2275 berita berdasarkan kata kunci carian " pegawai"

Airasia X Tiada Hasrat Kurangkan Pekerja, Cuti Tanpa Gaji Walaupun Berdepan Tekanan Industri

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- AirAsia X hari ini memberi jaminan tidak akan melaksanakan langkah mengurangkan jumlah pekerjaan atau menawarkan cuti tanpa gaji sebagai pilihan dalam mengurus lonjakan kos susulan krisis Asia Barat.

UOB Malaysia, PAAB perkukuh Rantaian Bekalan Infrastruktur Air

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- UOB Malaysia dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) hari ini melancarkan Program Pembiayaan Vendor UOB-PAAB untuk meningkatkan akses pembiayaan kepada pembekal dan vendor dalam ekosistem rantaian bekalan PAAB.

Bekalan Minyak Mentah Malaysia Masih Cukup, Hampir 40 Peratus Import Melalui Selat Hormuz

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia masih mempunyai bekalan minyak mentah yang mencukupi memandangkan penghantaran bagi hampir 40 peratus import minyak mentah negara adalah melalui Selat Hormuz berbanding hampir 90 peratus import bagi negara ASEAN lain.

Guna Tenaga Secara Berhemat, Optimum Kos Operasi Depani Krisis Tenaga Global - Petronas

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Penggunaan tenaga secara lebih berhemat, mengoptimumkan kos operasi melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pengurusan kewangan yang teliti adalah teras utama yang perlu diamalkan dalam mendepani cabaran krisis tenaga global yang semakin meruncing.

Lonjakan Harga Minyak Bukan Hanya Didorong Permintaan, Malah Kos Pengangkutan, Premium Insurans

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Harga minyak mentah global yang melonjak sehingga US$120 (US$1 = RM4.02) setong bukan semata-mata didorong oleh permintaan dan pembekalan sebaliknya turut dipengaruhi faktor geopolitik, kos penghantaran dan premium insurans.

Kos Meningkat Sepanjang Rantaian Nilai Tenaga Mengehadkan Keuntungan Petronas

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Lonjakan harga minyak global susulan konflik di Asia Barat tidak semestinya membawa kepada keuntungan luar biasa memandangkan peningkatan kos turut berlaku merentasi keseluruhan rantaian nilai tenaga, menurut Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Petronas Percepat Tempoh Perancangan Kebersediaan Kepada 45 Hari Susulan Risiko Bekalan Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah bertindak mempercepat tempoh perancangan kebersediaan hilirannya kepada 45 hari berbanding tiga bulan sebelum ini sebagai langkah menghadapi ketidaktentuan bekalan tenaga global.

MATRADE Sasar Pacu Dagangan Malaysia-Uzbekistan, Asia Tengah Pintu Masuk Strategik

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang meningkatkan usaha bagi memperkukuh hubungan perdagangan dua hala negara ini dengan Uzbekistan, sekali gus menjadikan Asia Tengah sebagai pintu masuk strategik ke pasaran serantau yang lebih meluas.

Malaysia Catat Jualan Lebih RM200 Juta Pada Pameran Makanan Dan Minuman China

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia memperoleh jualan lebih RM200 juta pada Pameran Makanan dan Minuman China (CFDF) ke-114 bulan lepas hasil penyertaan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama Messe Worldwide Sdn Bhd.

LIAM Lantik Pauline Teoh Sebagai Presiden Baharu

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zurich Life Insurance Malaysia Bhd, Pauline Teoh sebagai presiden baharunya.

Malaysia Airlines Lancar Laluan Ke Shenzhen, Changsha Mulai Julai 2026

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd memperluas rangkaiannya menerusi pelancaran laluan baharu ke Shenzhen dan Changsha, China, bermula Julai 2026.

Program AUM Agrobank Tingkat Jualan PKS Perak Kepada RM6.05 Juta

IPOH, 2 April (Bernama) -- Program Agrobank Upward Migration (AUM) berjaya meningkatkan hasil jualan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Perak kepada RM6.05 juta bagi 2025 yang bermatlamat menjamin sektor keterjaminan makanan.