10hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit meningkat berbanding dolar AS dan mata wang utama lain semasa mengakhiri dagangan pada Selasa walaupun Indeks Dolar AS mengukuh berikutan pelabur memantau rapi perkembangan semasa dan menjangka hasil rundingan yang sedang dijalankan antara Amerika Syarikat dan Iran.
10hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Prospek ringgit kekal teguh, disokong oleh asas makroekonomi yang kukuh, dengan pasaran dijangka menguji semula ringgit pada paras 3.88 berbanding dolar AS, kata ahli ekonomi.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kekuatan institusi kewangan negara yang mendukung aspirasi nasional menjadi asas kepada sistem ekonomi Malaysia terutamanya dalam menghadapi ketidaktentuan berikutan krisis Asia Barat.
10hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS pada Selasa apabila peserta pasaran dijangka memberi tumpuan terhadap rundingan gencatan senjata dua minggu antara Amerika Syarikat dan Iran yang dijadual berakhir pada Rabu.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) menyelesaikan terbitan semula sukuk jangka pendek berjumlah AS$1.286 bilion merentasi lima tempoh iaitu dua minggu, dua bulan, tiga bulan, enam bulan dan sembilan bulan.
11hari ago
SHAH ALAM, 20 April (Bernama) -- Invest Selangor Bhd akan mengadakan sesi libat urus dengan sektor utama seperti perkhidmatan dan pembinaan dalam sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan ketahanan ekonomi di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2.
11hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, disokong minat belian dalam saham permodalan besar apabila pelabur beralih kepada kaunter defensif susulan peningkatan ketidaktentuan geopolitik.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Hong Kong Productivity Council (HKPC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama industri serta meningkatkan produktiviti dalam kalangan pengilang di kedua-dua ekonomi.
11hari ago
SHAH ALAM, 20 April (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa gembira bahawa lebih separuh daripada jumlah pelaburan di Selangor berjumlah RM48.9 bilion atau 58.3 peratus pada 2025 adalah daripada pelabur tempatan.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kerajaan terus komited terhadap pembaharuan dasar dan libat urus yang berterusan dengan syarikat dan pengurus dana, yang mempunyai pilihan dalam menentukan destinasi pelaburan serta lokasi operasi pembuatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih bagi dua minggu berturut-turut merentasi lapan pasaran Asia, dengan jumlah aliran masuk bersih mencecah US$4.39 bilion (RM17.35 bilion), menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).