BERITA TERKINI   Jenazah jurugambar Bernama Biro Sarawak Razali Nordin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching pada 11.35 pagi | 

Terdapat 52 berita berdasarkan kata kunci carian " pelanggaran"

Bursa Malaysia Tegur Secara Terbuka Jerasia, Denda Pengarah RM50,000

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Jerasia Capital Bhd (dalam pembubaran) dan mengenakan denda berjumlah RM50,000 terhadap tiga pengarahnya kerana gagal membuat pengumuman segera mengenai perintah pembubaran itu.

SPRM Serbu Pejabat PeterLabs Susulan Siasatan Salah Laku Libatkan Pengarah Eksekutif

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat PeterLabs Holdings Bhd dan anak syarikatnya Thye On Tong Trading Sdn Bhd (TOT) susulan dakwaan salah laku melibatkan seorang pengarah eksekutif syarikat itu.

Bursa Malaysia Berjaya Bendung Akses Dan Aktiviti Dagangan Tanpa Kebenaran

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama)  -- Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama rapat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menjelaskan mengenai kerugian kesan daripada insiden akses dan aktiviti dagangan tanpa kebenaran yang berlaku pada 24 April 2025, dikenal pasti dan berjaya dibendung.

BNM Ambil 326 Tindakan Penyeliaan & Penguatkuasaan, Kenakan Penalti RM18.9 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Sebanyak 326 tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan diambil pada 2024, dengan kebanyakannya melibatkan pencegahan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan pencegahan pembiayaan percambahan (AML/CFT/CPF), menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

SC Terima 8,501 Kes Pada 2024 Termasuk Aktiviti Tidak Berlesen, Penipuan

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerima sejumlah 8,501 kes yang terdiri daripada 3,910 aduan dan 4,591 pertanyaan pada 2024, mewakili peningkatan 60 peratus daripada 2023 sebanyak 5,318 kes.

Pencarian CFO Baharu Masih Berjalan, Siasatan Dalaman Kes Terpencil - Presiden Maybank

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pengisian jawatan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan yang baharu masih berjalan selepas Khalijah Ismail ditamatkan perkhidmatannya baru-baru ini susulan siasatan dalaman, kata Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini.

AEON Bank Tingkatkan Pengalaman Perbankan Digital Pelanggan Menerusi Teknologi Perlindungan Mampan

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) --  AEON Bank, bank digital Islam pertama di Malaysia, meningkatkan ciri keselamatannya dengan memperkenalkan Mobile Security Platform (MSP), teknologi perlindungan canggih yang direka bagi melindungi aplikasi perbankan mudah alih.

Bursa Malaysia Tegur Secara Terbuka, Denda Pengarah Iqzan Holding

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran secara terbuka terhadap Iqzan Holding Bhd dan lima pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Harian YBS, Kemuka Pertanyaan UMA

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung jualan singkat harian (IDSS) YBS International Bhd sehingga pukul 8.30 pagi Isnin, 17 Februari, berikutan pelanggaran had harga.

Jualan Singkat Harian YBS Digantung

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung jualan singkat harian (IDSS) YBS International Bhd sehingga pukul 8.30 pagi Isnin, 17 Februari, berikutan pelanggaran had harga.

KWSP Tolak Dakwaan Berkaitan Pelaburan MAHB

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan kerugian yang dialami daripada penjualan itu.

Malaysia Catat 27.9 Juta Ancaman Dalam Talian Pada 2024 -- Kaspersky

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Syarikat keselamatan siber global Kaspersky mengesan dan menyekat 27.9 juta ancaman web di Malaysia pada tahun lepas, menokok sebanyak empat peratus daripada 2023.