Terdapat 1623 berita berdasarkan kata kunci carian "ade"

Bursa Malaysia Kekal Kukuh Disokong Sentimen Pelabur Lebih Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi hari ini walaupun petunjuk semalaman daripada Wall Street bercampur-campur dan kebanyakan pasaran serantau memulakan dagangan dengan dicatatkan rendah.

Bursa Malaysia Ditutup Kukuh Disokong Aktiviti Belian Saham Berharga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, mengatasi prestasi pasaran serantau yang rata-ratanya lebih lemah, apabila sentimen tempatan disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah dalam saham mewah susulan penurunan indeks petunjuk pasaran itu, baru-baru ini. 

PM Anwar Yakin Terhadap TNB Terajui Usaha Peralihan Tenaga Negara

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai keyakinan penuh terhadap keupayaan syarikat tenaga nasional, Tenaga Nasional Bhd untuk menerajui usaha peralihan tenaga Malaysia dan menyokong pertumbuhan pesat pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur digital di negara ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, berbanding prestasi serantau, disokong sentimen positif tempatan susulan pengumuman mengenai tender Solar Berskala Besar 6 (LSS6) yang dijangka dibuka pada penghujung tahun ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Penurunan Saham Telekomunikasi, Perbankan

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia susut daripada kenaikan sebelumnya untuk ditutup rendah pada Rabu terjejas oleh penurunan dalam sektor telekomunikasi dan perbankan, meskipun prestasi positif di kebanyakan pasaran di Asia.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Belian Saham Harga Rendah, Kenaikan Wall Street

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu apabila pelabur mengambil peluang membeli saham pada harga rendah selepas penutupan pasaran yang panjang minggu lepas, selain disokong sentimen positif susulan kenaikan Wall Street semalaman.

Goods For Good Manfaatkan Bahan Terbuang, Bantu Perkasa Golongan Kurang Bernasib Baik

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Perusahaan produk kraftangan tempatan, Goods for Good, bukan sahaja berusaha menjana keuntungan melalui penghasilan produk kraftangan, malah turut memperkasa golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan warga emas menerusi peluang pekerjaan serta program pembangunan kemahiran.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan menurun minggu depan berikutan minggu dagangan yang singkat.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan dengan kecenderungan menurun disebabkan pelabur menilai perkembangan sekitar konflik Asia Barat dalam persekitaran minggu dagangan yang singkat.

ENERtec Asia, MIDA Jalin Kerjasama Pacu Pelaburan Tenaga Boleh Baharu, Penyimpanan Tenaga

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- ENERtec Asia 2026 menjalin kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau untuk pelaburan tenaga bersih, teknologi tenaga boleh baharu (TBB) dan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Jualan Saat Akhir

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia yang mencatatkan kenaikal awal ditutup rendah pada Jumaat berikutan penjualan pada saat-saat akhir dalam saham mewah ketika pelabur mula berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik berterusan di Asia Barat terus menjejaskan sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Jumaat, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street apabila sentimen pelabur lebih baik susulan ketegangan geopolitik yang mereda antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.