11hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Sokongan kerajaan dan industri Jepun penting untuk membantu Malaysia membangunkan keupayaan dalam teknologi termaju terutama semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan pembungkusan termaju, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia untuk Teknologi Tinggi (MIGHT) hari ini membentangkan Laporan Industri Rel Malaysia 2025/2026.
11hari ago
Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar
TOKYO, 9 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat Jepun untuk terus memperluas pelaburan mereka di Malaysia terutamanya dalam sektor teknologi tinggi seperti semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan industri digital.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Malaysia mesti memastikan pelaburan disalurkan untuk memperkasa firma, memperkukuh rantaian industri dan membina keupayaan bernilai tinggi bagi menyokong fasa pembangunan ekonomi negara yang seterusnya.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) – Inisiatif MY Value-Up Malaysia sedang diperkenalkan untuk membentuk semula keutamaan bilik lembaga bagi merangsang syarikat menerangkan strategi mereka dengan lebih berkesan, meningkatkan prestasi dan persepsi pelabur terhadap cadangan nilai jangka panjang mereka.
12hari ago
PETALING JAYA, 9 Jun (Bernama) -- Data kredit yang dipercayai dan mudah diakses adalah penting untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dapat mengurangkan jurang maklumat dan membolehkan peruntukan kredit yang lebih cekap, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Peranan Malaysia sebagai hab semikonduktor strategik menjadi semakin penting apabila ketegangan geopolitik terus mengubah rantaian bekalan global, kata Naib Presiden Korporat Operasi Pemasangan dan Pengujian NAND Micron Technology Amarjit Sandhu.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun(Bernama) -- Malaysia meraih pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion bagi suku pertama 2026, dengan Jepun menjadi pelabur asing terbesar manakala pelaburan domestik mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun paling kukuh dalam suku yang sama.
13hari ago
TOKYO, 8 Jun (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun akan menyediakan peluang strategik kepada Malaysia untuk meneroka kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi serta bina upaya yang terus menjadi agenda penting bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif di peringkat antarabangsa.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) akan diinstitusikan secara rasmi pada 28 Julai, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Walaupun teh berperisa matcha, produk buatan China telah menjadi sangat popular di kafe dan kedai roti di seluruh India, usahawan Malaysia, Shivaani Suppiah menjangkakan bahan makanan hijau iaitu pandan akan menjadi terkenal di negara Asia Selatan itu.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) penyedia perkhidmatan serta penyelesaian peralatan minyak dan gas bersepadu Elsa Bhd terlebih langganan sebanyak 27 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia yang dijadualkan pada 16 Jun, 2026.