2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Agrobank menyatakan komitmennya untuk memastikan pelaksanaan inisiatif bantuan kewangan tambahan menerusi Kemudahan Bantuan Kestabilan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), memberi manfaat maksimum kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berdepan cabaran ekonomi global.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Aktiviti perdagangan domestik Malaysia kekal berdaya tahan dan terus berkembang di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik yang berterusan, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Public Bank Bhd (Public Bank) meningkat sedikit kepada RM1.75 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2026 daripada RM1.74 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas, disokong oleh pengembangan berterusan dalam portfolio pinjaman dan depositnya.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Malaysia mesti membina keupayaan eksport yang lebih berdaya tahan berbanding terus bergantung kepada pelepasan tarif sementara Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
2hari ago
PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Permintaan buruh Malaysia meningkat 1.8 peratus tahun ke tahun, merekodkan 9.23 juta pekerjaan pada Suku Tahun Pertama 2026 (ST1 2026), menurut Statistik Guna Tenaga ST1 2026 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- ESGright Sdn Bhd dilantik sebagai Rakan Pendidikan Bertauliah pertama di Malaysia bagi Kelayakan Asas Perakaunan Kelestarian (FSA) oleh Yayasan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS).
3hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku pertama tahun ini dijangka menepati unjuran awal 5.3 peratus atau berpotensi mencatatkan prestasi lebih baik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Aktiviti pasaran harta tanah negara mencatat pertumbuhan sederhana dengan 89,966 transaksi bernilai RM51.9 bilion pada suku pertama 2026, kata Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta Abdul Razak Yusak.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan ketujuh berturut-turut menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping pada 14 hingga 15 Mei 2026.
3hari ago
LABUAN, 13 Mei (Bernama) -- Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (CILTM) Sabah mencadangkan agar negeri itu membangunkan rangka kerja daya tahan maritim dan pengagihan semula aliran kargo bagi memperkukuh ekosistem logistik negeri.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2026 dilancarkan secara rasmi di Kota Kinabalu semalam, menandakan penganjuran kali kedua acara industri pembinaan serantau yang memfokuskan pembangunan industri, perbincangan teknikal dan penglibatan pemain industri di Malaysia Timur.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (USABC), Duta (Bersara) Brian McFeeters serta delegasi bersempena dengan Misi Perniagaan Malaysia 2026.