7hari ago
BANGI, 7 April (Bernama) -- Kesan semasa daripada krisis Asia Barat telah mendorong kerajaan menilai semula pendekatan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) sedia ada bagi memastikannya benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan, kata pakar ekonomi.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Konflik yang berterusan di Asia Barat dijangka mempercepatkan integrasi ekonomi di seluruh Asia Timur, Asia Barat dan Asia Tenggara, dengan Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk menerima manfaat dalam rangka kerja ASEAN, kata seorang pakar.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pengenalan B100, biodiesel berasaskan 100 peratus minyak sawit, berpotensi menjadi sumber tenaga alternatif yang lebih kompetitif dan berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan akibat krisis Asia Barat.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA) menggesa kerajaan untuk mencontohi langkah proaktif yang diumumkan negara ASEAN lain dan mempercepat pelaksanaan penggunaan campuran biodiesel yang tinggi di seluruh negara melalui program biodiesel nasional bagi sektor pengangkutan dan perindustrian.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) memilih lima syarikat Malaysia iaitu Binastra Corporation Bhd, Eco-Shop Marketing Bhd, Kelington Group Bhd, LAC Med Bhd dan MR DIY Group (M) Bhd sebagai “Diamonds in the Rough” atau pilihan utama pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi 2026.
7hari ago
BANGI, 7 April (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh membolehkan negara mendepani dan mengharungi ketidaktentuan global termasuk konflik yang berpanjangan di Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Ambank Group Firdaos Rosli.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Malaysia perlu mempercepat peralihannya ke arah strategi tenaga jangka panjang yang lebih mampan, pelbagai dan cekap dari segi kos, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Peningkatan kos import petroleum dan gangguan logistik global ekoran konflik Asia Barat yang mengancam kadar inflasi serta kestabilan fiskal jangka panjang negara menjadi peringatan bagi Malaysia untuk memperkukuh kedaulatan tenaga melalui kepelbagaian sumber tempatan.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Weststar Group tidak terjejas dengan konflik Asia Barat kerana telah keluar daripada operasi pengangkutan luar pesisir di rantau itu sejak akhir tahun lepas.
8hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, dengan indeks penanda aras susut 0.86 peratus berikutan kebimbangan terhadap ketegangan yang memuncak di Asia Barat meningkat.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- AirAsia X sedang melaraskan kapasiti serta tambang di samping mengawal kos untuk mengurangkan kesan kenaikan harga bahan api, kata Pengasas Bersama dan Penasihat Tan Sri Tony Fernandes.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- AirAsia X hari ini memberi jaminan tidak akan melaksanakan langkah mengurangkan jumlah pekerjaan atau menawarkan cuti tanpa gaji sebagai pilihan dalam mengurus lonjakan kos susulan krisis Asia Barat.