14hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Sokongan kerajaan dan industri Jepun penting untuk membantu Malaysia membangunkan keupayaan dalam teknologi termaju terutama semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan pembungkusan termaju, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Malaysia mengekalkan kuota pengeluaran petroleum di bawah Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) bagi 2026 seperti yang dipersetujui sebelum ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
15hari ago
PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) -- Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) perlu melaksanakan peranan kepimpinan yang lebih kukuh untuk membantu syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia berkembang melangkaui pasaran domestik dan membina daya tahan industri untuk jangka panjang, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
15hari ago
TOKYO, 8 Jun (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun akan menyediakan peluang strategik kepada Malaysia untuk meneroka kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi serta bina upaya yang terus menjadi agenda penting bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif di peringkat antarabangsa.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Krisis bekalan dan tenaga global yang berterusan tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai isu harga minyak tetapi sebagai gangguan fizikal lebih luas yang boleh menjejaskan isi rumah secara beransur-ansur menerusi peningkatan kos sara hidup, kata Tan Sri Mohd Hassan Marican.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Gangguan terhadap bekalan tenaga dan petrokimia boleh membawa implikasi yang meluas melangkaui ketersediaan bahan api, berpotensi menjejaskan barangan penting untuk kehidupan seharian, seperti bekalan perubatan, pembungkusan makanan dan baja pertanian, kata Tan Sri Mohd Hassan Marican.
18hari ago
PETALING JAYA, 6 Jun (Bernama) -- Kerajaan menggunakan pendekatan good risk management dengan mempelbagaikan sumber bekalan tenaga bagi memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Pengeluaran minyak mentah dan kondensat mencatatkan penurunan tahun ke tahun sebanyak 5.5 peratus kepada 43 juta tong pada suku pertama 2026 (S1 2026) berbanding 45.5 juta tong bagi tempoh yang sama tahun lepas.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- MISC Bhd memeterai perjanjian sewaan jangka panjang dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memperbaharui pajakan ruang pejabatnya di Menara Dayabumi di sini melalui urus niaga yang dianggarkan bernilai RM433 juta untuk tempoh 15 tahun.
21hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 2 Jun (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menyemak semula unjuran inflasi bagi rantau ASEAN+3 kepada 1.8 peratus daripada 1.4 peratus pada 2026 dan mengekalkan anggaran pertumbuhan pada kadar 4.0 peratus.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Saudi Arabian Oil Company (Aramco) hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian bagi pemindahan pegangan ekuiti Aramco yang dipegang menerusi Aramco Overseas Company B.V dalam Pengerang Refining Company Sdn Bhd dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd (secara kolektif PRefChem) di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor, kepada Petronas.