27hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Malaysia, terutamanya Johor, meletakkan dirinya sebagai alternatif yang cekap kos berbanding Singapura untuk pelaburan pusat data, hasil daripada tanah luas yang banyak, ketersediaan infrastruktur tenaga dan insentif pelaburan yang menarik.
27hari ago
IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Misi perdagangan dan pelaburan kerajaan negeri Perak ke China selama lapan hari dari 17 Mei lepas telah membuka prospek dan komitmen pelaburan baharu bernilai lebih RM1.6 bilion melibatkan sektor teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), pusat data, tenaga hijau, automotif dan industri masa depan.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Kerajaan bersikap terbuka untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menanggung kerugian terancang dalam sektor strategik seperti ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI), dengan syarat terdapat ketelusan, tadbir urus baik dan dasar yang jelas.
30hari ago
Oleh Mohamad Syazwan Mustafa
JOHOR BAHRU, 22 Mei (Bernama) -- Inisiatif Johor Super Lane (JSL), mekanisme laluan pantas yang berjaya mengurangkan tempoh pengoperasian projek industri kepada hanya 11 bulan, dijangka menjadi antara tunjang utama kerajaan negeri dalam mencapai sasaran pelaburan RM140 bilion tahun ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) untuk suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2026 susut kepada RM321.51 juta daripada RM401.25 juta setahun yang lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengulangi komitmennya untuk memacu peralihan tenaga yang adil dan bertanggungjawab, pada masa sama terus memberikan nilai jangka panjang kepada para pemegang saham, negara, dan rakyat.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Tenaga bukan lagi sekadar membekalkan elektrik kepada kediaman, malah menjadi pemacu penting kepada pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serta perkembangan pesat pengkomputeran, pusat data, pembuatan termaju dan mobiliti elektrik.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sunway Construction Group Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 meningkat 56 peratus kepada RM118.41 juta berbanding RM75.71 juta dalam tempoh sama tahun lepas berikutan sumbangan yang lebih tinggi daripada keseluruhan segmen operasi.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 18 Mei (Bernama) -- Prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal positif, disokong kemasukan pelaburan asing dan domestik, serta permintaan berterusan dalam sektor kecerdasan buatan (AI), pusat data dan semikonduktor.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 May (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (PIVB) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 pada 4.6 peratus tahun ke tahun (y-o-y), dengan permintaan domestik kekal menjadi tunjang kepada pengembangan itu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kedudukan luaran Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun ketidaktentuan geopolitik meningkat dan konflik Amerika Syarikat-Iran berterusan, menurut Kenanga Investment Bank Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 pada 4.7 peratus, dengan cenderung untuk meningkat ke arah lima peratus susulan prestasi lebih kukuh daripada jangkaan pada suku pertama 2026.