Terdapat 1172 berita berdasarkan kata kunci carian " indonesia "

Ringgit Ditutup Tinggi Menjelang Tempoh Akhir Rundingan Tarif AS

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Selasa dalam keadaan prestasi bercampur-campur mata wang serantau berikutan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang tempoh akhir rundingan tarif Amerika Syarikat (AS), menurut penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini, menjejaki penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) disebabkan ketidaktentuan pasaran harga menjelang keputusan mengenai tarif oleh AS pada 1 Ogos depan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) - Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, terjejas oleh aktiviti pengambilan untung berikutan kenaikan kukuh pada minggu lepas, kata seorang penganalisis.

Tarif AS Terhadap Malaysia Boleh Dikurangkan Kepada 11-15 Peratus - CGS International

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Cadangan tarif sebanyak 25 peratus ke atas eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) boleh dikurangkan kepada 11 peratus hingga 15 peratus sekiranya perjanjian perdagangan boleh dicapai antara kedua-dua negara, kata CGS International.

Ringgit Meningkat Untuk Ditutup Lebih Tinggi Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Politik Jepun

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Isnin, apabila dolar AS bergelut untuk meningkat di tengah-tengah ketidaktentuan politik di Jepun, kata penganalisis.

Ekonomi Malaysia Diunjur Terus Stabil Pada Separuh Kedua 2025 Dipacu Projek Mega

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengunjurkan ekonomi Malaysia kekal mencatat perkembangan kukuh dalam separuh kedua 2025 yang diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembinaan.

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Pembukaan

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini berikutan ekonomi Malaysia yang diunjurkan berkembang lebih tinggi daripada jangkaan kepada 4.5 peratus pada suku kedua, menunjukkan ekonomi negara kekal berdaya tahan.

Bursa Malaysia Dijangka Kekalkan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan kecenderungan meningkat minggu hadapan, didorong minat belian baharu yang dilihat sejak dua sesi dagangan lepas, kata Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran RM4.24-RM4.26 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran RM4.24 hingga RM4.26 minggu depan di tengah-tengah petunjuk bercampur-campur dalam pasaran.

Ringgit Ditutup Tinggi, Didorong Unjuran KDNK Lebih Baik Daripada Jangkaan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ringgit pulih daripada penurunan baru-baru ini untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, didorong oleh unjuran pertumbuhan suku kedua 2025 Malaysia yang lebih baik daripada jangkaan.

Ringgit Mengukuh Susulan Jangkaan Penurunan Kadar Faedah Oleh Fed AS

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan peniaga mengelak mata wang itu susulan jangkaan yang meningkat terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Khamis berikutan ketidaktentuan yang berterusan berkaitan dasar tarif AS.