Terdapat 607 berita berdasarkan kata kunci carian " gangguan"

Kerajaan MADANI Sedang Laksana Langkah Kukuh Atasi Kesan Tarif AS - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kerajaan MADANI sedang melaksanakan langkah kukuh untuk mengurangkan kesan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kebakaran Di Putra Heights Cetus Gangguan Pengeluaran, Kerugian Kewangan 200 Kilang

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor memberi impak besar terhadap operasi kira-kira 200 kemudahan industri di Lembah Klang melibatkan pelbagai subsektor pembuatan dan saiz syarikat.

Tengku Zafrul Akan Pengerusikan Mesyuarat Khas ASEAN Bincang Implikasi Tarif AS

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Atas kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, di bawah Tonggak Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi ASEAN pada 10 April, 2025.

MGCC Tingkat Sokongan Perniagaan Malaysia Susulan Langkah Tarif Baharu AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC) memperluas perkhidmatan nasihat strategiknya bagi menyokong perniagaan Malaysia dalam menghadapi cabaran ekonomi susulan pengumuman langkah tarif terbaharu oleh Amerika Syarikat (AS).

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Jumaat dalam perdagangan nipis berikutan ketiadaan pemain dari China, kata seorang peniaga.

Putra Heights : Petronas Gas Kukuh Komitmen Keselamatan Dan Kebolehpercayaan

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) menegaskan bahawa ia sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan yang ketat selaras dengan piawaian antarabangsa dalam semua peringkat operasinya.

FMM, ACCIM Gesa Kerajaan Jalin Kerjasama Berkaitan Tarif Dengan AS

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan menjalinkan kerjasama berkaitan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) supaya ada pertimbangan semula tarif 24 peratus yang baru dikenakan ke atas eksport Malaysia.

Kebakaran Gas Putra Heights: Pengeluaran Roti Massimo Alami Gangguan Sementara

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- The Italian Baker Sdn Bhd, pengeluar roti Massimo mengumumkan gangguan sementara terhadap pengeluaran produk bakerinya disebabkan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas yang telah menjejaskan bekalan gas asli cecair (LNG) ke kilangnya.

Serangan Tarif Trump: Masa Untuk Asean Ambil Langkah Strategik

Oleh CW Sim 

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pada 3 April 2025, Presiden Donald Trump mengisytiharkan "Hari Pembebasan Amerika" dari White House Rose Garden dan menandatangani perintah eksekutif untuk melancarkan rejim tarif global yang lebih meluas.

Thailand Sedia Berunding Dengan AS Selepas Dikenakan Tarif 36 Peratus

Oleh Kenny Teng

BANGKOK, 3 April (Bernama) -- Kerajaan Thailand sedia berunding dengan Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif timbal balik sebanyak 36 peratus ke atas eksport Thailand ke AS.

Gas Malaysia Hadkan Bekalan Gas Susulan Insiden Di Putra Heights

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd telah melaksanakan pengehadan bekalan gas di beberapa kawasan berikutan saluran paip gas pecah dan terbakar baru-baru ini di Putra Heights yang menyebabkan penutupan sementara kemudahan gas berhampiran.

Kumpulan OCK Maklumkan Gangguan Minimum Operasi Di Myanmar Susulan Gempa Bumi

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- OCK Group Bhd (OCK) menjangkakan gempa bumi dengan kekuatan 7.7 magnitud yang melanda Myanmar pada Jumaat lepas tidak memberi kesan jangka panjang yang besar terhadap prestasi operasi atau perniagaannya di negara itu.