11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia ditengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila data terkini inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan peningkatan membayangkan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengekalkan kadar faedahnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia pulih hari ini untuk mengakhiri pada paras tertinggi dalam tempoh sebulan selepas jualan sesi sebelumnya, dirangsang oleh kenaikan saham wajaran tinggi di tengah-tengah prestasi positif bursa serantau walaupun prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan Persatuan Ejen Pelancongan Guilin telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama pelancongan antara Malaysia dan China.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia, menyebabkan ia ditutup rendah sedikit susulan kebimbangan berterusan mengenai inflasi Amerika Syarikat (AS) dan ancaman tarif timbal balik Presiden Donald Trump.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pantech Global Bhd dijangka tidak terjejas dengan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium.
11bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan, dengan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka berubah-ubah antara 1,580 dan 1,600 mata, menurut seorang penganalisis.
11bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih tinggi bagi hari keempat berturut-turut, didorong oleh belian saham-saham, terutama teknologi dan pembinaan menjelang pengumuman laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) pada lewat hari ini, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Nilai perolehan kontrak Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) 2025 dijangka meningkat RM4 bilion hingga RM5 bilion berikutan kesan limpahan penangguhan projek seperti pembangunan semula Stadium Shah Alam dan Kuala Lumpur Sentral serta arahan perubahan kerja LRT3.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada Selasa depan bersempena cuti umum Thaipusam.
11bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti belian terutamanya dalam sektor pembinaan, hartanah, utiliti dan teknologi, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dipacu oleh belian saham wajaran tinggi terpilih dan saham pembinaan, kata penganalisis.