BERITA TERKINI   Kerajaan mungkin kaji semula garis masa pelaksanaan cukai karbon berikutan krisis ekonomi dan geopolitik semasa - Arthur Joseph | Daya tahan rantaian bekalan, keselamatan tenaga dan makanan serta kerjasama dan pelaburan teknologi memerlukan usaha bersepadu ASEAN - Liew Chin Tong | Belajar daripada pengalaman krisis sebelum ini, kerajaan lebih teliti kepada bantuan yang menjurus kepada kelompok terkesan dengan krisis Asia Barat - PM Anwar | MATRADE sasar sektor eksport berpotensi termasuk farmaseutikal dan F&B bagi perkukuh perdagangan - Reezal Merican | MATRADE kekalkan pertumbuhan perdagangan 3.0 peratus-5.0 peratus pada 2026, terus memantau perkembangan luaran - Reezal Merican | 

Terdapat 5040 berita berdasarkan kata kunci carian " sec"

Sarawak Sedia Terajui Usaha Galakkan Ekonomi Mampan Global - Abang Johari

KUCHING, 10 Okt (Bernama) -- Sarawak bersedia untuk mempelajari serta menerajui ekonomi mampan global menerusi pembangunan tenaga hijau dan boleh diperbaharui, pertanian lestari serta inovasi digital.

Lonjakan Permintaan Dan Dasar Menyokong Pacu Pertumbuhan Pasaran AI Negara - IBM Malaysia

Oleh Anas Abu Hassan dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian disokong kecerdasan buatan (AI), di samping dasar kerajaan yang menyokong inovasi teknologi akan memacu pertumbuhan pasaran AI Malaysia.

Eksport Minyak Sawit Malaysia Naik 0.93 Peratus Kepada 1.54 Juta Tan Pada September -MPOB

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan eksport minyak sawit pada September 2024 menyaksikan sedikit peningkatan iaitu 0.93 peratus kepada 1.54 juta tan metrik daripada 1.53 juta tan metrik pada Ogos 2024.

ASEAN+3 Hadapi Cabaran Kenaikan Semula Inflasi, Ketidaktentuan Geopolitik - AMRO

SINGAPURA, 10 Okt (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3, dalam jangka masa terdekat, perlu terus berhati-hati terhadap risiko berkaitan dengan peningkatan semula inflasi, ketegangan geopolitik yang semakin buruk serta kelembapan pertumbuhan global, yang boleh mencabar daya tahan sistem kewangan rantau ini.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari dengan indeks petunjuk utama meningkat sebanyak 0.48 peratus, didorong minat belian dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran prestasi lebih kukuh dalam pasaran serantau.

Hartalega Dijangka Raih Manfaat Susulan Semakan Tarif AS Terhadap Produk Sarung Tangan China

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd dijangka mendapat manfaat daripada semakan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) diumumkan baru-baru ini terhadap pembuat sarung tangan China.

Tingkat Pelaburan Dalam AI, Pembangunan Kemahiran Dalam Belanjawan 2025 - Learning Edge

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan perlu meningkatkan pelaburan dalam teknologi yang dipacu kecerdasan buatan (AI), pembangunan kemahiran dan keterangkuman ekonomi yang lebih besar dalam Belanjawan 2025, kata Learning Edge, sebuah organisasi pembangunan bakat.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, susulan minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS menunjukkan pegawai Fed berlainan pendapat sama ada untuk mengurangkan kadar faedah sebanyak 0.5 mata pada September, membayangkan penurunan lebih kecil pada masa depan, kata seorang penganalisis.

Malaysia Antara 20 Pasaran Utama Bagi Keterangkuman Kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia disenaraikan antara 20 pasaran utama atau tertinggi bagi keterangkuman kewangan berdasarkan analisis global membabitkan 40 pasaran menerusi Indeks Keterangkuman Kewangan Global 2024.

Penambahbaikan Matriks Kos Dibenarkan Hrd Corp Pacu Daya Saing, Produktiviti - FMM

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Langkah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) mengumumkan penambahbaikan Matriks Kos Dibenarkan (ACM) baru-baru ini, dapat memacu daya saing dan produktiviti industri Malaysia, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Asia International Exchange Labuan Lancar Platform Aset Digital

LABUAN, 9 Okt (Bernama) -- Asia International Exchange (AIX) mencatat peristiwa penting hari ini apabila menyempurnakan prapelancaran platform aset digitalnya yang menjadikan Labuan sebagai hab teknologi kewangan (fintech) utama di rantau ini.

Mitsubishi Power Mahu Perluas Kepakaran Turbin Gas Di Rantau Ini

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Mitsubishi Power Asia Pacific Pte Ltd menyasarkan untuk mengembangkan kepakarannya dalam turbin gas di Asia Tenggara susulan potensi meluas penggunaan gas asli dan gas asli cecair (LNG) di rantau ini.